BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday 11 October 2013

BERTAMBAH USIA KITA, MAKA SEMAKIN BERKURANGLAH UMUR KITA

Sahabat yang dikasihi Allah ...

Dikala kita bangkit saja daripada tidur
 di pagi hari untuk mengerjakan solat subuh, 
 sebenarnya itu tandanya usia kita telah meningkat. Meningkat menghampiri kematian dan menuju ke alam Barzakh. Alangkah bahagiannya sekiranya bertambah saja usia kita maka bertambah pula amal soleh, amal ibadah dan amalan-amalan yang mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Alangkah ruginya kita jika yang bertambah itu adalah dosa, kemungkaran, maksiat dan kerja-kerja yang 
mendatangkan kemurkaan Allah S.W.T..

Sahabat yang dimuliakan,

Setiap tahun apabila sampai sahaja hari lahir, 
kita menyambutnya tanda kesyukuran kerana masih 
dipanjangkan usia, dibuatlah juadah atau jamuan untuk meraikan dan datanglah ucapan-ucapan tahniah dari suami atau isteri, anak-anak dan rakan-rakan, biasanya diucap ‘selamat’ itu sebenarnya ‘bertambah kurang’. Seeloknya disamping bergembira, jangan lupa aspek manfaat dan kualiti amal yang kita lakukan perlu seiring dengan pertambahan usia kita. Hal ini sangat penting 
kerana di akhirat nanti, setiap individu akan 
di pertanggungjawabkan di hadapan 
Allah s.w.t. Sebagaimana di dalam 
hadis Nabi S.A.W. yang bermaksud:

“Tidak berganjak kedua-dua kaki seorang hamba pada 
Hari Kiamat sehingga ia disoal mengenai umurnya 
pada perkara apakah ia habiskan, ilmunya untuk 
apakah ia gunakan, harta bendanya dari 
manakah ia peroleh dan pada apakah 
ia belanjakan, mengenai tentang 
tubuh badannya pada perkara apakah ia susutkan 
kemudaan serta kecergasannya.”
(Hadis Riwayat Tarmizi).

Dalam hidup manusia terdapat tonggak umur yang sangat penting, antaranya umur 40 tahun sebagaimana tertera dalam al-Quran firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
"Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur 
empat puluh tahun, berdo'alah ia dengan berkata: 


"Wahai Tuhanku ...
ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan ni'matmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari
orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)."
(Surah Al-Ahqaf Ayat 15)


Nabi Muhammad S.A.W. dalam sebuah hadisnya 
yang bermaksud: “Apabila seseorang hamba sudah mencapai usia 40 tahun, sekiranya kebaikannya tidak mengatasi keburukannya, syaitan mencium di antara 
kedua-dua matanya dan berkata, ‘Inilah manusia 
yang sangat malang’. Dalam riwayat lain, 
Nabi S.A.W. bersabda yang bermaksud:

“Barangsiapa umurnya sudah melebihi 40 puluh tahun sedang kebaikannya tidak lebih banyak daripada keburukkannya, hendaklah ia mempersiapkan keberangkatannya ke Neraka’’. 
Daripada dua hadis berkenaan, Nabi S.A.W. menganjurkan umatnya untuk memeriksa amal perbuatannya setiap kali menyedari umurnya kian bertambah. Umur aset yang 
akan dipertanggungjawabkan. Kita pasti akan 
beruntung atau rugi dengan umur panjang kita. 
Semuanya bergantung pada amal yang 
kita lakukan.


Rasulullah s.a.w menyimpulkannya dalam dua kalimat iaitu:
“Manusia paling baik ialah yang panjang umurnya dan 
baik amal perbuatannya. Manusia paling buruk ialah 
yang panjang umurnya dan buruk amalnya." 

Sehubungan itu, kita perlu menggunakan sisa umur yang masih diberikan ini dengan amalan yang baik khasnya bagi mencapai ‘Husnul Khatimah’ iaitu penghabisan umur yang baik. Mereka yang tidak menggunakan usianya dengan sebaiknya berada dalam kerugian dunia dan akhirat. Hidup hanya sekali kerana peluang tidak datang berkali-kali. Hanya mereka yang terpimpin dengan al-Quran dan sunnah Nabi yang akan sentiasa berwaspada terhadap peringatan Allah 
S.W.T.. Dalam surah al-’Asr yang bermaksud:

“Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian 
kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh, mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar“.

Kerana terkesan dengan masa serta kepentingannya Ibrahim bin Adham pernah menjawab ‘Umurku baru 10 tahun’ apabila ditanya berapakah umurnya. Terkejut orang 
yang bertanya. Bagaimana boleh jadi begitu, sudah tua lagi berjanggut tetapi mengaku baru berumur 10 tahun. Dengan hati yang rendah penuh keinsafan beliau menjawab, 
“Baru 10 tahun aku benar-benar berubah dan beramal dengan berkualiti”. Seorang lagi alim apabila ditanya 
berapa umur, beliau menjawab,


“Umurku 15 ribu hari. Lagi terkejut yang bertanya, kita biasanya mengingati umur bayi empat puluh hari, enam puluh hari dan sebagainya. Beliau sangat berkira saat-saat yang berlalu... katanya aku ingat umurku dalam jumlah hari supaya aku dapat bermuhasabah diriku... Sekiranya setiap hari satu kali berbuat dosa bayangkan kalau sudah 15 ribu hari. Kalau buat dosa setiap hari 5 minit bayangkan kalau 
sudah 15 ribu hari. Sahabat dirahmati Allah, Sayyidina Ali r.a berkata :


"Sesungguhnya dunia ini telah berangkat pergi 
dan akhirat itu berangkat datang. Bagi tiap-tiap satu ada putera masing-masing. Maka jadikan dirimu putera akhirat dan bukan putera dunia. Hari ini hari 'amal tiada hisab, 
dan di akhirat hari hisab tiada 'amal. "Beramal dan berjihadlah untuk hari akhirat kita. Umur kita adalah 
singkat. Mungkin esok atau lusa kita akan berada 
di liang lahat. Fudail Rahimahullah telah bertanya 
kepada seorang lelaki, " Berapakah umur engkau sekarang?" Jawab lelaki itu, "Judah enam puluh 
tahun." Jawab Fudail, "Agak panjang umur engkau. 
Engkau ini dalam perjalanan untuk menjumpai 
Tuhanmu dan sudah hampir tiba waktunya." 

Kata Fudail lagi,

"Barangsiapa tahu bahawa dia adalah hamba Allah, akan kembali kepada Allah, akan menghadap Allah dan akan di soal oleh Allah, maka dia hendaklah menyediakan 
jawapan-jawapan tersebut." 

Tanya lelaki tadi, 
"Bagaimana melakukan yang demikian?" 
Jawab Fudail, " Engkau berusaha membaiki baki umurmu dan bertaubat pada jalan Allah, nescaya Allah akan berikan pengampunan. Tetapi kiranya engkau ingkar kepada Allah, maka engkau akan di siksa atas segala kesalahanmu 
yang telah lalu dan akan datang ..." 
Amalan itu perlu dijaga waktunya. 
Jangan engkau abaikan dengan sia-sia dan 
hendaklah dipenuhi dengan kerja-kerja yang berguna."
 Kita perlu menjaga setiap detik kehidupan kita supaya kita menjadi hamba kepada akhirat. Hidup kita sentiasa terkawal dengan ajaran Allah s.w.t. 
Sayyidina Umar r.a. pernah berdoa kepada Allah yang bermaksud :
"Wahai Tuhanku, peliharalah aku dengan Islam sewaktu aku berdiri, peliharalah aku dengan Islam waktu aku duduk, peliharalah aku dengan Islam waktu aku tidur. Janganlah Engkau biarkan terhadap diriku musuh dan orang-orang 
yang dengki terhadap diriku ...


"Sahabat yang dimuliakan ...
Imam Ali Zainal Abidin menjelaskan faktor-faktor yang dapat mengurangi umur manusia. Dia mengatakan:
"Dosa-dosa yang dapat mempercepat datangnya ajal ialah memutuskan silaturahim, sumpah palsu, ucapan bohong, zina, menutup jalan orang mukmin, dan mengakui kepemimpinan yang tidak hak.”
 (Maanil Akhbar, hlm. 271)

Alangkah banyaknya orang-orang 
yang panjang umurnya, hidup dalam kebaikan dan kebahagiaan akibat silaturahim yang dia lakukan. Dan alangkah banyak orang yang menempuh kesengsaraan hidupnya akibat memutuskan tali silaturahim. Nash-nash agama dan riwayat banyak sekali yang menegaskan mengenai perkara tersebut. Kita sebutkan di sini 
sebahagian saja. 

Rasulullah saw bersabda: 



“Sesungguhnya ada orang 
yang menjalin silaturrahim yang sisa 
umurnya tinggal tiga tahun, kemudian Allah 
menambah umurnya menjadi tiga puluh tahun. Dan 
ada orang yang memutuskan silaturrahim, yang sisa umurnya masih tiga puluh tahun, kemudian Allah menjadikan umurnya tiga tahun. 

Kemudian beliau membacakan firman Allah swt:
‘Allah menghapuskan apa yang Dia kehendaki dan menetapkan apa yang Dia kehendaki, dan di sisi-Nyalah terdapat Ummul Kitab’.” 
Ar-Ra’d/13: 39. (Safinah Al-Bihar 1: 514).

Rasulullah saw. bersabda:

‘Silaturahim mempermudahkan hisab dan menghindarkan diri dari kematian yang buruk.”
 Saydina Ali bin Abi Thalib k.w berkata: 
“Sesungguhnya sumpah palsu, dan memutuskan tali silaturahim mengakibatkan rumah-rumah ditinggalkan oleh penghuninya. ” Beliau juga mengatakan:
 “Aku berlindung kepada Allah dari dosa-dosa yang mempercepat kebinasaan".
 Lalu ada salah seorang yang berdiri sambil bertanya: “Wahai Ali, adakah dosa yang dapat mempercepat kebinasaan?" Beliau menjawab: “Ya, celaka engkau, memutuskan tali silaturahim.” Oleh itu pergunakanlah baki umur kita yang masih tinggal ini untuk mempertingkatkan amal soleh, amal ibadah dan kerja-kerja dakwah dan kebajikan, jadikan setiap saat berlalunya masa diisi 
dengan pahala dan menghampirikan diri dengan 
Allah S.W.T. Semakin usia bertambah, 
semakin berkurang umur kita ...


0 comments: