Maka ketahuilah temanku 5 keadaan hati yang bercahaya.....
Pertama : hati akan bersinar dengan kesedihan kerana menyesal atas habisnya umur yang sia-sia tanpa amal yang bermanfaat.
Kedua : hati akan bersinar dengan kesedihan kerana menyesal atas maksiat yang telah dikerjakan, sehingga hati menjadi takut kalau hal itu akan menghalangi diri dari masuk syurga Allah.
Ketiga : hati akan bersinar dengan kesedihan kerana menyesal atas tindakan mensia siakan hukum Allah dengan mengambil alih hukum-hukum buatan manusia.
Keempat : hati akan bersinar dengan kesedihan kerana menyesal atas terhinanya kaum muslimin kerana mereka telah dikuasai oleh orang-orang kafir.
Kelima : hati akan bersinar dengan kesedihan kerana menyesal atas perpecahan yang terjadi di tubuh para ulama @ para da'ie muslim kerana ego mereka yang hanya sibuk dengan urusan peribadi daripada memikirkan tujuan dakwah yang lebih utama.
Rujukan:
(Abdul Hamid Al-Bilali, Manhaj Tabi'in fi Tarbiyah An-Nafs)
No comments:
Post a Comment
Add