BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday 7 January 2012

'AKU DAN HATI"



Alangkah indahnya andai kita memiliki hati yang
sentiasa terpelihara dan dirawat dengan sebaik-baiknya …
Bak sebuah taman yang indah …
dijaga, dipelihara dengan penuh kesabaran,
ketelitian hingga menyuburkan tanaman
daripada pelbagai kombinasi warna, haruman…
semerbak dengan keindahan yang begitu artistik …
menyegar dan mempersona pancaindera yang
menghayatinya … Subhanallah

Hati ibarat rumah kaca ...
kotoran yang menempel di kaca adalah maksiat
yang menghalang sinar Illahi daripada memasukinya ... 

Justeru peliharalah hati ...
daripada perasit atau hama yang mampu merosak,
memusnah dan meranapkan  hingga ke sekuruh 
akar  hati kita ...

Hati yang kotor adalah akibat daripada
sekecil-kecil perbuatan melampau yang kita lakukan
tanpa sedar...

"Tidak ada bekas yang diisi oleh manusia 
yang lebih buruk daripada perutnya, 
cukup baginya memakan beberapa suapan
sekadar dapat menegakkan tulang punggungnya 
(memberikan tenaga) maka jika tidak mahu, 
maka ia dapat memenuhi perutnya 
dengan sepertiga makanan, seperti minuman
dan sepertiga lagi untuk bernafas".