BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday 9 November 2016

🌹AKU DAN HATI

Aku Dan HATI:
Tazkirah Harian 17 Muharram 1438H

Mahal Saat Diperlukan.

Air sangat penting dalam kehidupan manusia.Kita tidak dapat hidup tanpa air.Dengan kasih sayang dan rahmat Allah kepada manusia,Allah menjadikan air dalam kuantiti yang sangat banyak.Pada masa ini,apalah harga segelas air? Sangat murah.Jika ada yang meminta,kita bersedia memberinya percuma. 

Namun mari kita bayangkan satu situasi. Apabila seluruh dunia mengalami kemarau hingga air sangat sukar diperolehi.Ketika semua manusia kehausan,harga segelas air menjadi lebih mahal daripada petrol. Bahkan semakin manusia memerlukannya,semakin tinggi harga air tersebut.
Segelas air yang sangat murah menjadi mahal apabila diperlukan.Begitu juga amal ibadah kita seperti solat,zakat,sedekah, haji dan lain-lain.
Pada masa itu kita belum menyedari harga amal ibadah kita sebab kita belum memerlukannya. Kita masih hidup dalam dunia yang mengagungkan kebendaan. Semua diukur dengan harta,jawapan,populariti dan kuasa.Justeru, siapa yang memiliki salah satu daripadanya akan dipandang tinggi dan dihormati.

Namun apabila kita meninggalkan dunia,lalu berpindah ke alam akhirat,pada saat itu kita tersedar bahawa kayu ukur dunia tidak lagi digunakan.Hamba dunia akan menggigit jari dan berkata dengan penuh penyesalan;"Tidak berguna lagi hartaku,telah binasalah kekuasaanku."
Pada masa yang sama,amal kebaikan yang sebelumnya sangat murah menjadi sangat mahal. Semua orang memerlukan amal kebaikan untuk menyelamatkannya daripada neraka. Pada hari itu,orang yang paling terhormat bukan lagi orang yang banyak hartanya,akan tetapi orang yang paling baik amalannya.

Wallahu A'lam
Semoga bermanfaat 👌💚

🌸ANTARA SEBAB AMALAN TIDAK DITERIMA DI SETIAP LAPISAN LANGIT🌸

ANTARA SEBAB-SEBAB AMALAN KITA TIDAK DITERIMA DI SETIAP LAPISAN LANGIT

1. Lapisan Langit Pertama: Mengumpat.
2. Lapisan Langit Ke-2 : Amalan untuk keuntungan dunia semata-mata.
3. Lapisan Langit Ke-3 : Sombong atau Takabbur.
4. Lapisan Langit Ke-4 : Ujub.
5. Lapisan Langit Ke-5 : Dengki.
6. Lapisan Langit Ke-6 : Tidak berbelas kasihan kepada orang lain.
7. Lapisan Langit Ke-7 : Riak.

Menurut Imam Al-Ghazali, riak boleh berlaku dalam 12 perkara iaitu:

1. Riak dalam ibadat.
2. Riak dalam ilmu.
3. Riak dalam amalan.
4. Riak dalam kata-kata.
5. Riak bila berzuhud.
6. Riak dengan harta.
7. Riak kerana pangkat.
8. Riak dengan pencapaian.
9. Riak dengan kebolehan.
10. Riak dengan kecantikan tubuh badan.
11. Riak dengan suara yang lunak merdu.
12. Riak dengan kumpulan yang disertai.

Akhir sekali, apabila amalan yang dihadapkan kepada Allah melepasi kesemua 7 lapisan langit, ada satu lagi sebab mengapa amalan kita ditolak oleh Allah SWT. Sebab amalan kita ditolak setelah melepasi 7 lapisan langit ialah amalan yang tidak disertai keikhlasan.

 - Petikan hadis daripada Muaz bin Jabal.

Muhasabah diri.😔

🌹NAFSU

Nafsu
🍃🍃🍃🍃🍃🍃
Nafsu ialah organ rohani manusia yang memiliki pengaruh paling banyak dan paling besar di antara anggota rohani yang lain. Nafsu mengeluarkan arahan kepada anggota jasmani untuk melakukan sesuatu tindakan.
.
Pembahagian nafsu secara umumnya boleh dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu:
.
– 7 peringkat yang ditempuh oleh diri atau nafsu manusia
– 10 rupa nafsu yang menggambarkan jiwa atau sifat tercela yang ada pada manusia.
.
Artikel ini akan menghuraikan secara ringkas 10 rupa nafsu (jiwa/sifat tercela) yang ada dalam diri manusia, yang perlu dijinakkan atau dihapuskan/dihindari.
.
(1) Nafsu kalbiyah 
– Sifat anjing
– yang kewujudannya antara lain suka memonopoli
.
(2) Nafsu himariyah
– Jiwa keldai
– yang pandai memikul namun tidak mengerti sedikit pun apa yang dipikulnya
– dengan kata lain, ia tidak memahami masalah
.
(3) Nafsu sabu’iyah
– Jiwa serigala
– suka-suka menyakiti atau menganiaya orang lain dengan cara apa pun
.
(4) Nafsu fa’riyah
– Hati tikus
– sebangsa merosak, atau semacamnya
.
(5) Nafsu dzatis-suhumi wa hamati wal-hayati wal-aqrabi
-Jiwa binatang penyengat
– berupa sebagai ular dan kala jengking
– senang menyindir-nyindir orang, menyakiti hati orang, dengki, dendam, dan sepertinya
.
(6) Nafsu khinziriyah
– Sifat babi
– suka kepada yang kotor, busuk, hapak, dan yang menjijikkan
.
(7) Nafsu thusiyah
– Nafsu merak
– antara lain suka menyombongkan diri, suka beraksi, berlagak, busung dada, dan sebagainya
.
(8) Nafsu jamaliyah
– Nafsu unta
– tak punya rasa santun, kasih sayang, tidak bermasyarakat, tidak peduli kesusahan orang lain
– yang penting dirinya selamat dan untung
.
(9) Nafsu dubbiyah
– Jiwa beruang
– biarpun kuat dan gagah, tapi pendek akal dan dungu
.
(10) Nafsu qirdiyah
– Jiwa beruk
– diberi ia mengejek, tidak diberi ia mencebik
– sinis dan suka melecehkan/memandang ringan

☘PUISI UNTUK WANITA SOLEHAH☘

🌹Puisi Untuk Wanita Solehah🌹

Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini.

Keayuan wanita solehah itu,
tidak terletak pada kecantikan wajahnya,
Kemanisan wanita solehah,
tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu,
Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin,
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu,

Bukan dan tidak sama sekali,
Kepetahan wanita solehah,
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama.

Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam,
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek,
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai.

Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran,
kerana satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman,
Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat ilahi,

Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai,
kerana ada lagi manusia yang lebih berpegetahuan darimu,
Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,
kerana ada lagi insan yang lebih malang darimu,
Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya,
Bersyukurlah diatas apa yang ada,
Serta berusaha demi keluarga, bangsa dan agama.

🌹Salam perjuangan untuk sahabatku,
Wanita solehah.🌹

🌹"Wanita hiasan dunia, Seindah hiasan adalah wanita solehah"🌹
#copypaste

💕RINDU KASIH ILLAHI💕

💕🌹Bismillahirahmanirahim
.
💕🌹Sebaik baik kehidupan ini , adalah ketika :

Tenang tanpa sengketa ,
Tenteram tanpa dendam,
Ikhlas tanpa prasangka ,
.
💕🌹Kerana :

Dalam kelembutan hati ada ketulusan...
Dalam keindahan jiwa ada kesabaran..
Dalam lembutnya perasaan ada keperihatinan..
.
💕🌹Damai lah dengan saling memaafkan..
Sering mendoakan..
.
💕💕Rindu Kasih Ilahi..

Thursday 3 November 2016

🌸 5 KEADAAN ❤️ YANG BERCAHAYA

Maka ketahuilah temanku 5 keadaan hati yang bercahaya.....

Pertama :  hati akan bersinar dengan kesedihan kerana menyesal atas habisnya umur yang sia-sia tanpa amal yang bermanfaat.

Kedua :  hati akan bersinar dengan kesedihan kerana menyesal atas maksiat yang telah dikerjakan, sehingga hati menjadi takut kalau hal itu akan menghalangi diri dari masuk syurga Allah.

Ketiga : hati akan bersinar dengan kesedihan kerana menyesal atas tindakan mensia siakan hukum Allah dengan mengambil alih hukum-hukum buatan manusia.

Keempat : hati akan bersinar dengan kesedihan kerana menyesal atas terhinanya kaum muslimin kerana mereka telah dikuasai oleh orang-orang kafir.

Kelima : hati akan bersinar dengan kesedihan kerana menyesal atas perpecahan yang terjadi di tubuh para ulama @ para da'ie muslim kerana ego mereka yang hanya sibuk dengan urusan peribadi daripada memikirkan tujuan dakwah yang lebih utama. 

Rujukan: 
(Abdul Hamid Al-Bilali, Manhaj Tabi'in fi Tarbiyah An-Nafs)

SOLAT ... TAPI MASIH MELAKUKAN MAKSIAT

"Eh! Dia tu solat tak tinggal, tapi buat maksiat.."

Solat...tapi masih lakukan maksiat, masih buat dosa ??? 🤔🤔🤔

1. Cuba check balik kualiti wudhu' kita. Sempurna tak? 

2. Cuba check balik kualiti solat kita. Sempurna tak ? Ok tak ?

Allah berfirman dalam Al Quran ;

الصَّلَاةَ تَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ وَلَذِكْرُ اللَّهِ أَكْبَرُ وَاللَّهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ ( العنكبوت : 45)

“.....Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadat-ibadat yang lain). Dan Allah mengetahui apa yang kalian kerjakan.” (Al-‘Ankabuut: 45)

Jom tengok sat .... 
kenapa kita masih buat maksiat walau kita ni ' orang solat '.

Al-Fahsyaa’ (perbuatan-perbuatan keji):
seluruh dosa yang dianggap besar dan sangat buruk dan jiwa tertarik untuk melakukannya. 

Al-Munkar : 
adalah setiap maksiat yang diingkari oleh akal dan fitrah manusia. 

Mengapa solat mampu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar? 
👉Ini adalah kerana seorang hamba jika mengerjakannya dengan menyempurnakan rukun-rukun dan syarat-syarat solat serta memberatkan khusyuknya maka hal tersebut dapat menerangi dan membersihkan hatinya, menambah keimanannya, semakin kuat keinginannya untuk berbuat baik dan semakin sedikit atau bahkan tidak ada keinginan untuk melakukan keburukan dan kejahatan.

Errmmm....🤔🤔🤔
Solat kita macam tu 👆👆👆 tak???

Jadi...
Andai kita solat, tapi masih melakukan maksiat, masih melakukan dosa, ianya BUKAN SALAH SOLAT...BUKAN SALAH SOLAT!!! Tapi...ianya SALAH KITA...YA, SALAH KITA!!!

So, kawan2...
perbaikilah diri kita untuk perbaiki solat kita..kita jaga rukun-rukun solat, keikhlasan ketika mendirikannya, kekhusyukkan kepada Allah, ketakutan kepada Allah dan zikir kepadaNya.

Ambil wudhu' elok elok...
Solat elok elok...akhlak dan sahsiah kita juga akan elok dan terpelihara dari kejahatan sepertimana kita menjaga solat kita...kan?

Nak ke nak? Nakla kaaan...? Jom 💪💪💪

700 KETENANGAN DALAM 7 KALIMAT

Cerita seseorang yang meminta 700 ketenangan dalam tujuh kalimat yang dapat dia amalkan sehari-hari kepada ulama :

“Wahai orang bijak, sesungguhnya saya datang untuk mendapatkan ilmu yang telah Allah berikan kepadamu. Beritahukan kepada saya tentang langit dan apa yang lebih berat darinya. Tentang bumi dan apa yang lebih luas darinya. Tentang batu karang dan apa yang lebih keras darinya. Tentang api dan apa yang lebih panas darinya. Tentang salji dan apa yang lebih dingin darinya. Tentang lautan dan apa yang lebih kaya darinya. Orang miskin papa dan apa yang lebih hina darinya.”

Orang bijak menjawab...

“Ketahuilah, sesungguhnya...berdusta atas orang tidak bersalah lebih berat dari segenap langit. Kebenaran lebih luas dari bumi. Hati yang menerima (lapang dada dan ikhlas) lebih kaya dari lautan. Ketamakan dan kedengkian lebih panas dari api. Keperluan akan kerabat bila tidak berhasil lebih dingin dari salji. Hati orang kafir lebih keras dari batu. Penghasut bila terbongkar perkaranya lebih hina dari orang miskin papa.”

~ Kitab : Al Mustakhlas Fii Tazkiyatil Anfus ; Sa'ied Hawwa ~

😊😊😊