BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday 30 August 2016

KETENTUAN ALLAH

Satu perkara. .
Yang menjadi punca bahagia. .
Apabila faham apa yang dimaksudkan dengan ketentuan. .

Di setiap satu perkara. .
Di setiap satu kejadian. .
Adalah satu ketentuan. .
Pertemuan, perpisahan, jodoh, ajal, & maut. .
Segala itu satu ketetapan yang telah ditentukan oleh Tuhan. .

Sedarlah kawan. .
Sekuat mana aku mengejar,jika bukan itu yang ditentukan milik aku maka bukanlah milikku. .
Sejauh mana aku belari bersembunyi,jika telah ditentukan aku bertemu maka ku temu lah itu. .
Usaha adalah satu sebab sebagai perkara tanpa harapan. .
Sesungguhnya aku benar-benar redha atas setiap kejadian. .
Aku benar-benar terima dengan segala yang ditetapkan. .
Aku percaya pada qada'&qadar itulah ketentuan. .


Percayalah. .
Jika aku dapat apa yang aku kejar, aku syukur keatas Tuhan. .
Jika gagal ku dapat apa yang dikejar, aku syukur keatas Tuhan. .
Kerana telah ada satu tulisan, pada awal kehidupan hingga pengakhiran. .
Di Loh Hul Mahfuz. . Perjanjian Tuhan. .

"La tataharraku dzarratun illa bi idznillah" (tidak akan bergerak satu dzarah pun melainkan atas izin Allah)

Setiap satu itu telah nyata baik buruknya. .
Sedarlah, segala kejadian adalah disebalik kebaikan. .
Percayalah dengan sesungguh-sungguh kepercayaan. .
Allah telah merancang setiap satu kejadian pada kita punya kehidupan. .
Janganlah sedih,janganlah merungut. .
Sebab itu yang terbaik dan sebaik-baik kejadian yang telah diaturkan oleh Tuhan. .
Berbahagialah dengan setiap satu pertemuan. .
Berbahagialah dengan setiap satu perpisahan. .
Berbahagialah dengan setiap satu kejadian. .
Tanda setuju kita atas aturan Tuhan. .

Kembalilah pada fitrah kehidupan. .
Janganlah kita hanyut dalam lumrah khayalan. .
Sedarlah, bangkit dari lamunan. .
Kita telah lena dalam lakonan. .
InShaaAllah, kesedaran datang perlahan-lahan. .

Aku cakap atas nama pesanan. .
Terima kasih pada Tuhan. .
Atas sebab kau ditentukan membaca aku punya tulisan. .
Terima kasih kawan-kawan. .

Assalamualaikum. .

#KasturiUmmah 


@DakwahQalbi

BILA ALLAH UJI KITA, ALLAH INGIN MENDIDIK KITA


Hati ini mudah rapuh


Iman ini tidak kukuh
Sebab tu kena selalu istiqamah
Kenapa istiqamah?
Sebab iman mudah rapuh. 
Kenapa ujian dan bukan nikmat?
☘☘☘
Begini
Kadang-kadang Allah datangkan nikmat,
Tapi, manusia mudah lupa yang nikmat itu juga satu bentuk ujian,
Bukan kata manusia lain, malah diri ini jugak.

Dan bila mana Allah bagi ujian,
Mulalah diri ini, hati ini, mula meletakkan pelbagai persoalan yang berbunyi
“Kenapa Allah pilih diri ini?” “Hati ini tidak kuat.” “Diri ini mudah berputus asa dengan ujian sebegini.”
Kenapa persoalan ini yang akan dikeluarkan?
Sebab…..
Kita tak pernah bersyukur dengan apa yang terjadi
Dan kita tak pernah ajar hati untuk beristiqamah dalam bersyukur dengan apa yang Allah bagi.
☘☘☘
Seorang tok guru pernah berkata.
“Kalau nak belajar bersyukur, jangan tengok apa yang orang lain ada yang lebih dari kita. Tengok apa yang orang lain tak ada tapi kita ada. Sebab manusia tak pernah rasa puas.”
And yes, only then kita belajar bersyukur.
🍁🍁🍁

🐝BILA ALLAH UJI KITA🐝🐝🐝


As a muslim, kita kena sentiasa ingat
 setiap nikmat itu sebenarnya ujian
🌸🌸🌸
Allah uji sama ada kita masih bersyukur atau tidak.
Dan kita makin jauh atau makin dekat dengan Allah
🌸🌸🌸
Dan bila mana Allah uji kita dengan ujian, 
kita kena ingat bahawa ujian itu tanda Allah sayang.
🌸🌸🌸
Hati ini terlalu lemah, rapuh dan mudah putus asa bila Allah uji.
Dan diri ini jugak mula berkata yang Allah tidak sayang. Allahu. Jangan pernah rasa sebegini.
🌸🌸🌸
Didik hati untuk sentiasa tabah dan cekal dengan segala nikmat dan ujian yang terjadi.
Ingat,
Apa jua musibah menimpa anda
Baik sakit, sedih, kesusahan
Bahkan tersusuk duri pun akan jadi penebus dosa anda.
La Tahzan, Allah itu ada.

Allah said in Surah Al Baqarah:45
“And seek help in patience and prayer.”

Monday 29 August 2016

ALLAH TAHU APA YG TERBAIK BUATMU

*🌹kaLaM MaLam🌹* 

🌸"Apa yang kelihatan baik hari ini belum tentu baik untuk hari esok 🍬🍬🍬
🌸Apa yang buruk hari ini belum tentu buruk untuk 
hari esok🍬🍬🍬

☘☘Tetapi yang pasti, ALLAH paling tahu yang terbaik buat kita 💙

🌸Bahagian kita adalah, mengucapkan syukur dalam segala hal, 
   sebab itu lah yang di kehendaki ALLAH di dalam hidup kita ini 🍬🍬🍬


☘☘JaLAn  yang di bentang kan ALLAH belum tentu yang tercepat, bukan pula yang termudah 💙
tApi sudah pasti yang terbaik..."🐝🐝🐝🐝🐝

#KasturiUmmah


@DakwahQalbi

PELIHARALAH DIRIMU

🌿PELIHARALAH DIRI MU🌿

🌿Peliharalah AKHLAQ mu kerana ianya KEHIDUPAN mu.

🌿Peliharalah AGAMA mu kerana ianya 
NYAWA mu.

🌿Peliharalah BUDI PEKERTI mu kerana ianya PERHIASAN hidupmu

🌿Peliharalah AMALAN mu kerana ianya pakaian AKHIRATmu.

🌿Peliharalah LISAN mu kerana ianya MARUAH mu.

🌿Jadikanlah KEKAYAAN sebagai bekalan berbuat KEBAJIKAN.

🌿Jadikanlah KESABARAN sebagai benteng menghadapi KESUSAHAN.

🌿Jadikanlah NUR yang ALLAH kurniakan sebagai pendorong berbuat KETAATAN.

🌿Jadikanlah AKHLAK MULIA sebagai perhiasan bunga KEHIDUPAN.

🌿Jadikanlah MASA dan KESEMPATAN sebagai modal berbuat AMAL.

*katanasihat*

#KasturiUmmah

@DakwahQalbi

Saturday 27 August 2016

BANYAKNYA ALLAH BERI TAPI ...

BANYAKNYA ALLAH BERI, tapi...... Allah beri ketinggian ilmu bukan untuk menyombong Allah beri kekuasaan bukan untuk menindas Allah beri kekayaan bukan untuk kedekut Allah beri kebijaksanaan bukan untuk menipu Allah beri kecantikan bukan untuk menggoda Allah beri kefasihan bukan untuk memfitnah Allah beri kehebatan bukan untuk menganiaya Allah berikan kenamaan bukan untuk meninggi diri Firman Allah SWT : " Katakanlah: Ya Tuhan yang memiliki segala kekuasaan.Engkau berikan kekuasaan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkau cabut kekuasaan dari sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkau muliakan sesiapa yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu " ( Ali Imran : ayat 26 ) Apapun yang Allah beri Ingat...itu hanya pinjaman semata Ianya singgah sebentar pada kita Untuk menguji sejauh mana kita 'layak' atau tidak untuk terus memilikinya Andai kita dah mula tersasar dari radar Allah Maka....bersedialah Segala yang diberi...akan ditarik semula Dengan cara apa? Bagaimana ? Bila ? Dengan caraNya yang tersendiri... dan bila bila aje.... Kita...? Bagaimana ?

Friday 26 August 2016

Mati Tidak Menunggu Taubatmu 🌸🌸🌸

Cantik dan indahnya aturan Allah SWT. Aturan Allah dah cukup indah. Dia yang mengatur kehidupan hamba-Nya dari awal Hingga akhir. Cuma diri kita selalu mempersoalkan itu ini. Sedangkan apa yang terbaik Allah sudah berikan. Ambillah peluang kehidupan yang Allah beri untuk benar² berkualiti. Buang segala sifat mazmumah. Andai dulu hidupmu banyak pahitnya, ubahlah untuk menjadi insan yang lebih baik. Kerana ... Mati tidak menunggu TAUBATMU. #SalamIsyakGais 🙆 💐KakHijrah @hijrahcintaku

IMAN DAN KEHIDUPAN

💦IMAN & KEHIDUPAN💦 🐝Ketenangan jiwa itu adalah hembusan dari langit. 🐝Diturunkan ke dalam hati orang yang beriman dari penduduk bumi. 🐝Supaya mereka berhati teguh dikala orang ramai mengalami kegoncangan. 🐝Mereka yakin ketika ramai orang didalam keraguan... 🐝Mereka sabar ketika ramai orang berkeluh kesah. 🐝Dan mereka berlapang dada ketika ramai orang telah cemas." 🍃Dr Yusuf Al-Qaradawi🍃 @AdamFarid😉 @ImanQowiyy🐝

Tuesday 23 August 2016

PESANAN IMAM SHAFIEE

*PESANAN IMAM SHAFIEE SEBELUM MENINGGAL DUNIA* Sebelum Imam Shafie meninggal dunia, beliau sempat mengajak sahabat- sahabatnya agar membuat perubahan jiwa ke arah yang lebih baik. Beliau menyebut bahawa barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat, maka lakukanlah 10 perkara: 1. Hak kepada diri, iaitu dengan mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada. 2. Hak kepada Malaikat maut, iaitu menqada’kan segala kewajipan yang tertinggal, iaitu dengan memohon maaf daripada orang yang dizalimi, membuat persiapan untuk mati dan merasa cinta kepada ALLAH s.w.t. 3. Hak kepada kubur iaitu membuang tabiat suka menabur fitnah, jangan suka kencing merata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu orang yang dizalimi. 4. Hak kepada Malaikat Mungkar dan Nakir, iaitu jangan berkata dusta, sering berkata benar, meninggalkan maksiat dan memberi nasihat. 5. Hak kepada Mizan, iaitu menahan kemarahan, banyakkan berzikir, ikhlas dalam amalan dan sanggup menanggung kesulitan. 6. Hak kepada titian sirat, iaitu buang tabiat suka mengumpat, wara’, bantu orang beriman dan hidup dalam suasana berjamaah. 7. Hak kepada Malaikat Malik, iaitu menangis lantaran takutkan kepada ALLAH s.w.t., membanyakkan sedekah, membuat kebaikan kepada ibubapa dan memperbaiki akhlak. 8. Hak kepada Malaikat Ridwan, penjaga syurga, iaitu redha kepada qada’ ALLAH s.w.t., sabar menerima bala’ dan bertaubat. 9. Hak kepada Rasulullah s.a.w., iaitu dengan sering bersalawat kepada baginda, berpegang kepada sunnahnya dan bersaing mencari kelebihan dalam beribadah. 10. Hak kepada ALLAH, iaitu mengajak manusia kepada kebaikan, mencegah manusia daripada melakukan kemungkaran, bencikan kepada sebarang maksiat dan tidak melakukan kejahatan. *Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain.* *Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku.* *Saksikanlah Ya ALLAH, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-MU kepada hamba-hamba-MU."* ~ Antara isi khutbah terakhir Rasullah s.a.w.

Monday 22 August 2016

Mutiara Buat Isteri ...

Mutiara Buat Isteri.

Isteri,
Hari-hari yang berlalu,
Allah Maha Melihat lelah dan letihmu menguruskan rumahtangga,
Allah Maha Tahu kerunsinganmu kerana ingin melihat suami dan anakmu bahagia..

Isteri,
Allah Maha Melihat dirimu berusaha sehabis baik berkorban untuk keluarga,
Adakala engkau menangis rasa tak berdaya,
Adakala engkau tertawa ceria melihat insan kesayanganmu di depan mata..

Subhanallah, isteri..
Di saat engkau sedih dengan masalah rumahtangga,
Ingatlah bagaimana keadaan Srikandi Islam Khaulah Binti Tha’labah bila dizihar suaminya,

Ia dugaan yang sangat berat bagi seorang wanita,
Ia detik yang terlalu sukar untuk Khaulah hadapi,
Ia saat yang sangat menghibakan antara bercerai dan bersatu semula..

Khaulah membawa diri..
Tidak mengadu kepada manusia..
Sebaliknya membawa hati kepada Allah..
Menadah tangan meminta pertolongan..

Ya Allah, aku keseorangan..
Ya Allah, aku hanya ingin lakukan perkara yang Engkau sukai..
Ya Allah, aku takut jika melakukan dosa yang Engkau murkai..
Ya Allah, aku tak berdaya..

Ya Allah, berikanlah aku jawapannya..

Subhanallah, doa Khaulah didengar hingga ke tujuh petala langit.
Lalu turun wahyu Surah Al-Mujadalah, menjawab segala permasalahan Khaulah..

Allah selesaikan masalah Khaulah..
Allah Maha Mendengar doa isteri yang solehah..
Allah Maha Baik memberi Khaulah kegembiraan..

Kerana hatinya yang sarat dengan iman..

Duhai isteri,
Doakan suamimu di dalam doamu..
Sebut nama suamimu dengan penuh kasih di dalam setiap tadahan doamu..
Doakan dia dikuatkan iman dan taqwa,
Dari tulus hati seorang isteri..
Doakan dia dan kita semua beroleh Syurga..

InsyaAllah, yakinlah bahawa Allah sebaik-baik pemelihara.

Tuesday 16 August 2016

Hebatnya Air ...


  1. 💦💦💦💦💦💦💦💦💦

  2.       *HEBATNYA AIR 💧*

  3. _*Dahaga .. cari air..*_
  4. _*Mandi .. cari air..*_
  5. _*Masak .. cari air..*_

  6. _*Kenapa Tidak Kita Contohi Air 💧?*_
  7. _*Dicincang tiada putus.*_
  8. _*Di bakar tiada hangus.*_
  9. _*Di mana duduk ikut acuan.*_
  10. _*Mengalir ikut arus.*_
  11. _*Ikut hukum Allah.*_
  12. _*Ikut aliran.*_
  13. _*Tiada mudik ke hulu.*_
  14. _*Tiada terbang ke langit.*_

  15. _*Belajarlah Dari Air💧*_
  16. _*Taat Pada Hukum Allah.*_
  17. _*Nampak lemah.*_
  18. _*Nampak cair.*_
  19. _*Api marak .. airlah pemadam.*_
  20. _*Pokok layu .. airlah disiram..*_

  21. _*Berlembutlah Seperti Air💧*_
  22. _*Berjuanglah Seperti Air💧*_
  23. _*Lembut belum tentu kalah.*_

  24. _*Lihatlah Air💧*_
  25. __*Setitik demi setitik menimpa batu,*_
  26. _*Akhirnya berlubang jua si batu...*_
  27. _*Biar hati seperti air.*_
  28. _*Biar sejuk biar tenang.*_
  29. _*Tampak lembut, tampak cair.*_

  30. _*Kemenangan Tetap Milik Air...💧*_
  31. _*Jangan seperti batu.*_
  32. _*Keras dan kaku.*_
  33. _*Terhempas pecah berderai.*_
  34. _*Pecah bersepai...*_

  35. _*Berjuanglah Seperti Air..💧*_
  36. _*Dicincang tiada putus.*_
  37. _*Dibakar tiada hangus.*_

  38. _*Sahabat juga macam air*_

  39. _Dipetik dari FB YBhg. Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah._

  40. 💦💦💦💦💦💦💦💦💦

Ada Orang ...


  1. *Ada orang, dia tak suka melihat orang yang dia tak suka itu bahagia. Dia nak tengok orang itu jatuh dalam diam diam dan hatinya tersenyum, gembira.*
  2. .
  3. *Ada orang, tidak mengapalah apa yang orang nak buat pada dia pun dia tak kisah sebab dia tahu kejahatan pasti akan dibalas dengan kejahatan. Janji yang membalas bukan dia tapi, Allah.*
  4. .
  5. *Ada orang,dia minta pada Allah sungguh sungguh seorang sahabat yang boleh faham dirinya tapi Allah bagi musuh padanya. Musuh yang akhirnya bertukar menjadi sahabat baiknya. Rupanya Allah nak dia bawa musuhnya itu dalam kebaikan dan jauh dari kancah kenerakaan.*
  6. .
  7. *Ada orang, nak sangat kahwin dengan orang yang dia suka, tapi Allah tak bagi sebab Allah tahu agama dia kurang jadi Allah bagi orang yang beragama untuk bimbing dia bukan sahaja di dunia tapi, di akhirat.*
  8. .
  9. *Ada orang, solat terkontang kanting pun still Allah bagi dia nikmat. Rezeki mencurah curah. Tapi dia lupa, yang bagi semua itu Pencipta dia. Pemberi segala nikmat dia. Dia lupa.*
  10. .
  11. *Walau apa pun jadi, berhenti mempertikaikan apa yang Allah bagi. Tuhan tahu yang itulah yang mampu menjamin kebahagiaan untuk dia seluruh kehidupan dunia sampai dia di akhirat.*
  12. .
  13. *Bukan Allah takbagi. Tapi Allah tahu itu yang tak sesuai untuk dia. Allah itu tak bagi apa yang dia mahu, tapi apa yang dia perlu.*

  14. #KasturiUmmah


  15. @DakwahQalbi

Thursday 11 August 2016

INGAT MATI

*INGAT MATI*

Kalau tak mampu berubah jadi baik dah walau dah ikhtiar macam-macam tapi still tak mampu,tak kuat,tak istiqomah nak amal ibadah berpahala dan tinggal amalan menyumbang dosa..banyak-banyaklah ingat mati.

Banyakkan mengingati mati.
Bagaimana saat sakaratul maut tu.
Dan kisah selepas saat genting tu.

Dengarlah ceramah-ceramah atau tazkirah tentang kematian.Pergilah ziarah orang yang sakit teruk,koma ke.Ziarah kubur etc.

Kena usaha undang muhasabah dalam diri.
InsyaAllah ia akan bantu kita at least tinggalkan pekerjaan yang sia-sia,berdosa.

Kita akan lebih banyak masa 'merujuk' hati pada Allah.
Subhanallah Wabihamdihi
Subhanallah Hil Adzim
Astaghfirullahal'adziim..

Matikan kami dalam keimanan Ya Rabb..
~SELAMAT MALAM


#KasturiUmmah


@DakwahQalbi

KADANG-KADANG ALLAH ....

Kadang-kadang..

Allah bagi hambaNya tertekan, stress dan ujian supaya hambaNya kembali merintih dan merayu padaNya.

Mungkin hati kita dah lama kosong. Allah nak kita isi hati semula dengan Quran, zikir, tahajud, doa dan segala amal.

Tapi kadang kita lupa, Allah nak kita buat lebih lagi. Buat amal, amal, amal, amal, amal... Sampai kita dapat rasa kehangatan cinta dengan Allah.

Dapat menangis, rintih, tunduk dan sujud. Itulah yang sangat nikmat bagi orang beriman.

Dan, kadang kala benda tu kita akan rasa nak buat sungguh2 bila Allah UJI dengan pelbagai aspek.

Wallahi... 

Kalau kita tengah semangat dan gembira, kita mungkin TAK BERAPA nak rasa untuk buat amal, doa menangis-nangis. Tapi bila diuji, tertekan, stress, masa tu lah kita akan sungguh2 jaga amal dan berdoa sampai menangis.

HARGAILAH DETIK fasa down ni. Hargai detik fasa tengah stress dan tertekan. Sebab Allah nak bagi kita kesedaran agar lebihkan SUJUD padaNya meminta ampun dari dosa yang sengaja dan tak sengaja.

Wallahi...

Nikmat iman itu kadang akan rasa lebih manis tika kita dan Allah berseorangan diri.

Kalau kita tengah stress, serabut dan tertekan, take time. Rehat dan Iktikaf di masjid untuk beberapa hari.

IKTIKAF. Cari ketengan di masjid. Baca Quran banyak-banyak dan zikir. Istighfar banyak2, selawat byk2. Ucap syukur pada Allah banyak2...

Wallahi.

Kita akan rasa tenang. Kita akan tersenyum di saat air mata kita berlinangan kerana Allah.

Selamat mencari ketenangan wahai kawan. :)

*Didiklah hati untuk merasa bahagia membuat kebaikan tanpa diketahui oleh orang lain, boleh berdiam diri ketika menghadapi kritikan yang tidak adil dan memberi maaf ketika mampu untuk membalas.*

●●●Kerinduan untuk mendapat keampunan Allah memudahkan kita memaafkan kesalahan sesama manusia. Ingat kepada mati akan memadamkan godaan untuk melakukan dosa.
Menyedari keaiban diri akan menahan lidah dan hati daripada mengeji orang lain●●●

#KasturiUmmah

   
 @DakwahQalbi

Wednesday 10 August 2016

KETENANGAN HATI



💦Manusia yang kaya dan beruntung sebenarnya adalah mereka yang memiliki hati yang tenang dan lapang.

💦Sebenarnya kita selalu lupa bahawa hati kita itu Allah yang pegang. Dan lupa bahawa rasa ketenangan itu Allah lah yang berkuasa mencampakkan ke dalam hati kita.

💦Kita selalu beranggapan bahawa kita akan gembira bila mendapat apa yang kita mahukan.

💦Tapi sebenarnya kita silap.

💦Gembira sahaja tidak cukup tanpa hati yang tenang. Hati yang tenang akan menjadikan kita aman dan sentiasa lapang walaupun mempunyai banyak kekurangan dan masalah.

💦Sedangkankan rasa gembira itu hanya bersifat sementara.

💦Dan kunci ketenangan hati adalah dengan menjaga hubungan dengan Allah diikuti dengan menjaga hubungan dengan manusia yang lain.

🍃Maafkanlah, kerana #PENGAMPUNAN Allah ada disitu🍃

F A R H A



💦F 💕Firman Allah Subhanahu wata’ala,

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اصْبِرُوا وَصَابِرُوا وَرَابِطُوا وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

“Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kalian dan kuatkanlah kesabaran kalian dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negeri kalian) dan bertakwalah kepada Allah, supaya kalian beruntung.” (Ali Imran: 200)

💦A💕Ada lagi Firman Allah Subhanahu wata’ala yang lain,

فَاصْبِرْ كَمَا صَبَرَ أُولُو الْعَزْمِ مِنَ الرُّسُلِ وَلَا تَسْتَعْجِل لَّهُمْ

“Maka bersabarlah kamu seperti kesabaran orang-orang yang mempunyai keteguhan hati dari kalangan rasul-rasul dan janganlah kamu meminta disegerakan (azab) bagi mereka.” (al-Ahqaf: 35)

💦R💕Rasai dan hayatilah Firman Allah Subhanahu wata’ala ini!!

وَالصَّابِرِينَ فِي الْبَأْسَاءِ وَالضَّرَّاءِ وَحِينَ الْبَأْسِ ۗ أُولَٰئِكَ الَّذِينَ صَدَقُوا ۖ وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُتَّقُونَ

“Dan orang-orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan, dan dalam peperangan. Mereka itulah orang-orang yang benar (imannya); dan mereka itulah orang-orang yang bertakwa.” (al-Baqarah: 177)

💦H💕Hati pasti tenang bila kita terus membaca Firman Allah Subhanahu wata’ala,

وَاللَّهُ يُحِبُّ الصَّابِرِينَ

“Dan Allah mencintai orang-orang yang sabar.” (Ali Imran: 146)

Meraih kebersamaan AllahSubhanahu wata’ala yang bersifat khusus, berupa pertolongan-Nya, pembelaan-Nya, dan penjagaan-Nya.

💦A💕Allah tempat kita bergantung harap. Yakinlah dengan Firman Allah Subhanahu wata’ala,

وَاصْبِرُوا ۚ إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ

“ Dan bersabarlah kalian , sesungguhnya Allah bersama orang orang yang sabar.” (al-Anfal: 46)

🍃SALAM ASAR🍃
@ImanFirdausS🚶
@Cikkacamata💕

Berzikirlah ...

Ibnu Taimiyah rahimahullah berkata tentang hati...

 “Setiap hamba pasti memerlukan waktu-waktu tertentu untuk menyendiri dalam memanjatkan doa, berzikir, solat, merenung, bermuhasabah diri dan memperbaiki hatinya.” 
(dinukil dari Kaifa Tatahammasu, hal. 13). 

Ibnu Taimiyah juga berkata, “zikir bagi hati laksana air bagi seekor ikan. Maka apakah yang akan terjadi apabila seekor ikan telah dipisahkan dari dalam air?” 

(lihat al-Wabil ash-Shayyib)

Bersedialah Untuk Berubah

Bila kau nak berubah,berubahlah demi Allah. Jangan terlalu harapkan pujian orang atas perubahanmu. Jangan terlalu harapkan sanjungan dan kaguman orang atas penghijrahanmu...kerana itu hanya akan menjadi racun kepada dirimu...tatkala datang pula kutukan dan cemuhan,kau mula goyah dan mula kecewa....lantas membalas cemuhan itu juga dengan cemuhan,kutukan dengan kutukan...
Ke mana perginya sifat hijrah yang kau mahukan?
Sedarkah kau bahawa...penghijrahanmu itu adalah hanya kerana manusia?

Tahukah kau bahawa hijrah rasul dan para sahabat berlaku secara berperingkat dan secara 'undercover'? Tidak diheboh hebohkan mahupun dicanang? Penuh strategi dan hati hati?
Untuk apa? 
Supaya penghijrahan itu berlaku dengan lebih teratur,selamat dan konsisten....

Sedarkah kau bahawa ketika rasul dan para sahabat dulu berhijrah....penuh dengan ujian dan kejian? Hingga terpaksa berkorban meninggalkan keluarga harta benda anak isteri dan kemasyhuran?
Dihina dicaci disiksa bahkan ada yang dibunuh...demi mempertahankan iman dan agama?

Nampaknya kau belum cukup bersedia untuk sebuah hijrah....

Bertenang dahulu...cari Tuhanmu
Dan atur semula langkahmu...

Allah Sembunyikan 6 Perkara Dalam 6 Perkara

Khalifah Umar RA berkata,

 “sesungguhnya Allah Ta’ala menyembunyikan 6 perkara di dalam 6 perkara yang lain, yaitu:

1. Allah menyembunyikan keredhaanNya di dalam taat kepadaNya.

2. Allah menyembunyikan kemarahanNya di dalam maksiat kepadaNya.

3. Allah menyembunyikan lailatulqadar di dalam bulan ramadhan.

4. Allah menyembunyikan wali di tengah-tengah manusia.

5. Allah menyembunyikan kematian di dalam umur.

6. Allah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat 5 waktu.

Tuesday 2 August 2016

BELAJAR SEPANJANG HAYAT

🌹 BELAJAR SEPANJANG HAYAT 🍁

*Aku belajar dgn lebih banyak diam,* daripada lebih banyak bicara...

*Aku belajar bersabar* dari sebuah kemarahan...

*Aku belajar mengalah* dari sebuah keakuan...

*Aku belajar tersenyum* dari suatu kesedihan...

*Aku belajar tegar* dari suatu kehilangan...

🍃Hidup adalah BELAJAR....🍂
  
*Belajar bersyukur* meskipun tak puas...  

*Belajar ikhlas* meskipun tak rela....  

*Belajar taat* meskipun berat...  
*Belajar memahami* meskipun tak sehati...  

*Belajar sabar* meskipun terbeban...  

*Belajar memberi* walaupun tak seberapa ....

*Belajar mengasihi* meskipun disakiti....  

*Belajar tenang* meskipun gelisah...

*Belajar percaya diri* meskipun sulit...

*Belajar tabah* meskipun ujian banyak menerpa... 

Aku belajar...

_*Bahwa bukan setiap saat hidup ini indah,*_  kadang-kadang ALLAH  menyapaku melalui berbagai cara.  

Tetapi aku tahu bahwa DIA tidak pernah meninggalkanku, 

*_Sebab itu aku belajar menikmati hidup dengan bersyukur..._*    

Aku belajar.... 

*Bahwa tidak semua yang kuharapkan boleh menjadi kenyataan,_*

Kadang-kadang ALLAH  membelokkan rancanganku KERANA TAK SESUAI DENGAN RANCANGAN-NYA.

Tetapi aku tahu bahwa itu lebih baik dari yang mampu ku rancangkan, 
sebab itu aku belajar menerima semua itu dengan sukacita.    

Aku belajar.... 

_*Bahwa ujian itu  pasti datang dalam hidupku,*_  kerana Allah *pasti* menguji ummatNYA yang beriman...

*_Aku tak mahu dipengaruhi oleh syaitan untuk marah dan emosi,_*

aku tak mau menyalahkan orang lain, 

juga tidak mungkin aku berkata "ALLAH" tidak adil.  

Kerana aku tahu bahwa semua itu tidak akan melampaui kekuatanku,

*_Sebab itu aku belajar menghadapinya dengan sabar dan tawakkal...._*

Aku belajar.... 

*_Bahwa tidak ada kejadian yang perlu disesali & ditangisi_*, kerana semua adalah rancangan-NYA yang indah.

Maka dari itu, aku belajar bersabar, bersyukur & bersukacita dalam segala perkara.  

*_Kerana semua itu menyihatkan jiwa & menyegarkan hidupku..._*    

• Ketika "Kaki" sudah tidak kuat berdiri... "BERSIMPUHLAH"...
  
 • Ketika "Tangan" sudah tidak kuat menggenggam... *"LIPATLAH"...*
  
 • Ketika "Kepala" sudah tidak kuat ditegakkan... *"MENUNDUKLAH"...*
  
 • Ketika "Hati" sudah tidak kuat menahan kesedihan, *"MENANGISLAH "...*

• Ketika "Hidup" sudah tidak mampu untuk dihadapi, *"BERSABARLAH",* *"BERSUJUDLAH ",**" BERSERAH DIRILAH", "BERDOA-LAH"...* 

ALLAH  sentiasa setia bersama kita...  
dan apa sahaja yang kita minta dalam DOA dengan penuh keyakinan,  DIA akan mengabulkannya... 

*_Dengan syarat, kita mesti  sentiasa bertaqwa kepadaNya..._*   

ALLAH mendengar lebih dari yang kau katakan...

ALLAH  menjawab lebih dari yang kau minta...

ALLAH memberi lebih dari yang kau inginkan...
    
Kerana, di belakangmu ada kekuatan yang tidak terhingga... 
di hadapanmu ada kemungkinan tanpa batas,

disekitarmu ada kesempatan yang tiada akhir...

Lebih dari itu, di atasmu ada ALLAH yang sentiasa menyertaimu....

Yakinilah...

*_Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar.…_*

# Ingatlah saudaraku...

*Cinta Allah kepada hambanya abadi, seperti sebuah lingkaran, tidak berawal dan tidak  berakhir...*

*Semoga kita mampu merasakan cintaNYA...*
😊😅😘😥😭

Ameen Ya Rabbal Alameen....