BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday 10 August 2016

Bersedialah Untuk Berubah

Bila kau nak berubah,berubahlah demi Allah. Jangan terlalu harapkan pujian orang atas perubahanmu. Jangan terlalu harapkan sanjungan dan kaguman orang atas penghijrahanmu...kerana itu hanya akan menjadi racun kepada dirimu...tatkala datang pula kutukan dan cemuhan,kau mula goyah dan mula kecewa....lantas membalas cemuhan itu juga dengan cemuhan,kutukan dengan kutukan...
Ke mana perginya sifat hijrah yang kau mahukan?
Sedarkah kau bahawa...penghijrahanmu itu adalah hanya kerana manusia?

Tahukah kau bahawa hijrah rasul dan para sahabat berlaku secara berperingkat dan secara 'undercover'? Tidak diheboh hebohkan mahupun dicanang? Penuh strategi dan hati hati?
Untuk apa? 
Supaya penghijrahan itu berlaku dengan lebih teratur,selamat dan konsisten....

Sedarkah kau bahawa ketika rasul dan para sahabat dulu berhijrah....penuh dengan ujian dan kejian? Hingga terpaksa berkorban meninggalkan keluarga harta benda anak isteri dan kemasyhuran?
Dihina dicaci disiksa bahkan ada yang dibunuh...demi mempertahankan iman dan agama?

Nampaknya kau belum cukup bersedia untuk sebuah hijrah....

Bertenang dahulu...cari Tuhanmu
Dan atur semula langkahmu...

0 comments: