BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday 22 August 2016

Mutiara Buat Isteri ...

Mutiara Buat Isteri.

Isteri,
Hari-hari yang berlalu,
Allah Maha Melihat lelah dan letihmu menguruskan rumahtangga,
Allah Maha Tahu kerunsinganmu kerana ingin melihat suami dan anakmu bahagia..

Isteri,
Allah Maha Melihat dirimu berusaha sehabis baik berkorban untuk keluarga,
Adakala engkau menangis rasa tak berdaya,
Adakala engkau tertawa ceria melihat insan kesayanganmu di depan mata..

Subhanallah, isteri..
Di saat engkau sedih dengan masalah rumahtangga,
Ingatlah bagaimana keadaan Srikandi Islam Khaulah Binti Tha’labah bila dizihar suaminya,

Ia dugaan yang sangat berat bagi seorang wanita,
Ia detik yang terlalu sukar untuk Khaulah hadapi,
Ia saat yang sangat menghibakan antara bercerai dan bersatu semula..

Khaulah membawa diri..
Tidak mengadu kepada manusia..
Sebaliknya membawa hati kepada Allah..
Menadah tangan meminta pertolongan..

Ya Allah, aku keseorangan..
Ya Allah, aku hanya ingin lakukan perkara yang Engkau sukai..
Ya Allah, aku takut jika melakukan dosa yang Engkau murkai..
Ya Allah, aku tak berdaya..

Ya Allah, berikanlah aku jawapannya..

Subhanallah, doa Khaulah didengar hingga ke tujuh petala langit.
Lalu turun wahyu Surah Al-Mujadalah, menjawab segala permasalahan Khaulah..

Allah selesaikan masalah Khaulah..
Allah Maha Mendengar doa isteri yang solehah..
Allah Maha Baik memberi Khaulah kegembiraan..

Kerana hatinya yang sarat dengan iman..

Duhai isteri,
Doakan suamimu di dalam doamu..
Sebut nama suamimu dengan penuh kasih di dalam setiap tadahan doamu..
Doakan dia dikuatkan iman dan taqwa,
Dari tulus hati seorang isteri..
Doakan dia dan kita semua beroleh Syurga..

InsyaAllah, yakinlah bahawa Allah sebaik-baik pemelihara.

0 comments: