BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday 10 August 2016

KETENANGAN HATI



💦Manusia yang kaya dan beruntung sebenarnya adalah mereka yang memiliki hati yang tenang dan lapang.

💦Sebenarnya kita selalu lupa bahawa hati kita itu Allah yang pegang. Dan lupa bahawa rasa ketenangan itu Allah lah yang berkuasa mencampakkan ke dalam hati kita.

💦Kita selalu beranggapan bahawa kita akan gembira bila mendapat apa yang kita mahukan.

💦Tapi sebenarnya kita silap.

💦Gembira sahaja tidak cukup tanpa hati yang tenang. Hati yang tenang akan menjadikan kita aman dan sentiasa lapang walaupun mempunyai banyak kekurangan dan masalah.

💦Sedangkankan rasa gembira itu hanya bersifat sementara.

💦Dan kunci ketenangan hati adalah dengan menjaga hubungan dengan Allah diikuti dengan menjaga hubungan dengan manusia yang lain.

🍃Maafkanlah, kerana #PENGAMPUNAN Allah ada disitu🍃

0 comments: