BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday 5 December 2014

14 KEMULIAAN WANITA MUSLIMAH HAMIL



Apabila seorang perempuan
mengandung dalam rahimnya
maka beristighfarlah para malaikat untuknya
Allah SWT mencatatkan baginya
setiap hari dengan 1,000 kebaikan
dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan

  Rakaat solat wanita yang sedang hamil
 adalah lebih baik dari pada 80 rakaat
solat wanita yang tidak hamil

 Apabila seorang perempuan
mulai sakit hendak bersalin atau melahirkan,
maka Allah SWT mencatatkan baginya
pahala orang berjihad dijalan Allah SWT

Apabila seorang wanita  bersalin
akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa,
serta setiap kesakitan pada1 uratnya
 Allah SWT kurniakan 1 pahala haji.

 Apabila seorang perempuan
Telah melahirkan anak ... hilanglah dosa²nya
seperti keadaan ia baru lahir

 Apabila seorang wanita menyusui anaknya
maka bagi ibu itu setiap setegukan
daripada susunya diberi 1 kebajikan

Wanita yang memberi minum air  susu (ASLI)
kepada anaknya dari dirinya sendiri
 akan mendapat 1 pahala pada tiap²
titis susu yang diberikannya

Jika wanita memberi susu dirinya
pada anaknya yang menangis,
Allah SWT akan memberi pahala
1 tahun solat dan berpuasa 7

 Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup
tempoh (2 1/2 tahun), maka malaikat² dilangit akan
khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya

Apabila semalaman si ibu tidak tidur
dan memelihara anaknya yang sakit,
 maka Allah SWT memberinya pahala
seperti memerdekakan 70 orang hamba
dengan ikhlas untuk membela
agama Allah SWT.

Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari
kerana menjaga anaknya yang sakit
akan diampunkan oleh Allah SWT
seluruh dosanya dan bila ia menghibur hati anaknya
Allah memberi 12 tahun pahala ibadah

 Sekiranya wanita mati
di masa 40 hari selepas bersalin
 dia akan dianggap sebagai mati syahid

SUBHANALLAH …
BETAPA MULIANYA ‘STATUS’ WANITA HAMIL …
 tentunya dengan jalan kehamilan yang
diredhai oleh Allah SWT, bukan
dengan cara/jalan kehamilan

yang tidak di sukai-Nya....

Tuesday 2 December 2014

INDAHNYA HIDUP ISLAM




SOALAN 
"Kalau isteri sakitkan hati suami, 
tandanya durhaka pada suami. 
Tapi bagaimana jika suami sakiti hati isteri.?"

JAWAB USTAZ

"BERDOSA juga lah. 
Cuma tidak ada istilah suami durhaka pada isteri,
 tapi suami akan ditanda Malaikat sbgai durhaka pd AllahSWT.

Kerana isteri ...  rezekimu bertambah.
Kerana isteri ... maka lahirlah zuriatmu.
Kerana isteri ... makan, pakaian mu dijaga.
Kerana isteri ... tenang hati mu.
Kerana isteri ... lembut pemandangan mata mu.
Kerana isteri ... satunya manusia 
yang boleh melihat cacat celamu yang tersembunyi 
dari pandangan matamu dan masih menerimamu seadanya ...
Janganlah sakiti hati mereka ... ingatlah setiap pengorbanan mereka
 walaupun kecil dimatamu ...  besar bagi dirinya.
Setiap peluh yang menitik untuk   ...
 setiap airmata yang mengalir untuk anak-anak dan suaminya ...
adalah salah satu tanda dia isteri yang terbaik buatmu ...
wahai yang bergelar suami.

RENUNGAN BUATMU SUAMI

Mengapa WANITA sering menangis?

JAWAB ALLAH

Kerana WANITA itu unik
 Aku ciptakan sebagai makhluk istimewa ...
AKU kuatkan bahunya untuk menjaga zuriatnmu ...
AKU lembutkan hatinya untuk memberimu ketenangan ...
AKU kuatkan rahimnya untuk menyimpan benih manusia ...
AKU teguhkan peribadinya untuk terus berjuang 
saat yang lain menyerah ...
AKU beri dia naluri untuk tetap menyayangi ...
walau dikhianati oleh teman 
walau disakiti oleh orang yg disayangi ...

Kerana WANITA makhluk kuat 
Tapi jika suatu saat dia menangis ...
itu kerana KU beri airmata 
untuk membasuh luka batin dan memberi kekuatan baru ...

 Kerana WANITA sangatlah istimewa
Kirimkan pada WANITA yg kamu sayangi ....
 Kirimkan juga pada lelaki agar mereka menghargai WANITA ...
agar tahu bahwa WANITA

Ciptaan Allah Yang Amat Istimewa ...


Sunday 30 November 2014

HIDUP UNTUK HIDUP

 Hiduplah selagi hidup
Jangan mati sebelum mati
Jangan pulang sebelum pergi

Perjalanan ini sungguh memenatkan ... Semakin ke hujung semakin penat sedang beban semakin bertambah ... tanggungjawab semakin sarat ... tapi adakah pilihan selain meneruskannya? Hidup selagi hidup ... jangan mati sebelum mati.

Peringatkanlah diri ... Kalau bermasalah di tengah jalan, teruskan perjalanan. Tika yakin tujuan dan matlamat sudah betul, soal kembali ke pangkal jalan tidak timbul ... Inilah jalan yang benar, walau jalan yang ditempuh begitu sukar ... Ini jualah jalan yang paling singkat walaupun terasa berat ...

Hidup jangan dibelenggu rasa jemu dan lesu. Hari-hari adalah lembaran yang baru ... yang perlu dikorek dan diukir dengan keindahan dan keceriaan. Hari-hari adalah peluang untuk mencipta yang terbaik. Nafas dan aliran darah adalah model untuk beribadat ...


Susah dan payah adalah baja yang membina kematangan dalam jatuh bangun menuju ILLAHI ... Sabar dan syukur adalah minyak kepada pelita hidup yang meliuk lentok dipukul badai kehidupan ... Kekadang marak menyala ... kekadang berkerlip berbalam-balam. Namun ... padam tidak sekali-kali!

Tidak gusar bersendirian ... tidak jua tersasar ketika kesunyian ... Berbisiklah pada diri ... tika kau sepi sendiri jangan kau kata kau sepi tapi katakan disisiku sentiasa ada PEMERHATI ... Dalam sekolah kehidupan sentiasa ada pelajaran yang mesti ditempuhi ... sama ada tika diri bersendirian maupun tika berteman ...

Sesetengah ilmu tidak boleh diajar ... tetapi hanya boleh dipelajari. Tiada guru tertentu ... Tetapi hakikatnya diri adalah pelajar sepenuh waktu. Jika datang topeng kepura-puraan ... itulah guru yang mengajar kita erti berhati-hati. Jika mampir bejana kejujuran ...  ilmu keikhlasan.

Usah berubah pendirian ... walau beralih pendekatan. Jadilah wajah yang satu ... di hadapan yang SATU. Jadilah diri sendiri ... Insya ALLAH kau akan tetap menjadi juara ... Tetapi jika berlakon, kau akan menjadi klon yang kedua, ketiga dan seterusnya ... Jangan bermuka-muka hanya untuk menempa nama ... Jangan jua berdiri di bawah teduh bayang-bayang orang lain hanya untuk digelar berjasa.

Bertatih dengan kaki sendiri lebih mulia daripada bersayap emas milik orang lain. Jadilah raja dalam kerajaan diri ... Yang menghirup udara kebebasan dengan kemerdekaan sejati. Mendongak tidak bongkak ... mengalah tidak kalah. Tiada istilah kalah ... cuma kemenangan yang ditangguhkan. Lupakan keperitan lalu setelah diperah segala pengajaran dan iktibar. Kegagalan masa lalu adalah yuran kejayaan masa kini. Menyesal itu bebal ... kesal itu bebal.

Hiduplah seperti orang yang bersedia untuk mati. Insya ALLAH nanti kau akan terus hidup walaupun sesudah mati. Justeru banyak yang kau buat ... akan terus hidup selepas mati. Ingat diri selalu ... hidup di dunia ini penting justeru adanya akhirat.

Sesungguhnya, hidup sebelum mati adalah bekal untuk hidup selepas mati. Berbisiklah pada diri ... "Hidup bukan sekali ..." malah ada hidup tidak berakhir dengan mati. Jadi hiduplah selagi hidup ... kerana hidup ini hakikatnya untuk HIDUP!

Hidup di dunia cuma modal untuk hidup di akhirat.
Hakikat hidup adalah satu perjuangan menempuh jalan pulang.
Andai sesekali terasa lemah tika melangkah ... renungilah alam ini.
Insya ALLAH kita akan dapat belajar hidup daripada hidup-hidupan ...

Pmj ...



Friday 19 September 2014

KUTIPLAH ILMU ALLAH ...

Ilmu Itu Cahaya Dari Illahi
Memancar Keluar Melahirkan Amal
Memancar Ke Dalam Menzahirkan Iman


Tuesday 8 July 2014

KEJUJURAN

Nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT tidak memandang segak tubuhmu dan tidak pula pada kedudukan mahupun harta kekayaanmu, tetapi Allah memandang pada hatimu. Barang siapa memiliki hati yang soleh maka Allah menyukainya. Bani Adam yang paling dicintai Allah ialah yang paling bertakwa." (riwayat Ath-Thabrani dan Muslim).

Oleh itu, hati yang jujur sangat dipandang mulia oleh manusia dan juga mendapat balasan di sisi Allah. Hati yang jujur akan menjurus kepada sifat soleh dan ketakwaan dalam melaksanakan sesuatu.
Orang yang paling disukai Allah adalah orang yang jujur apabila menjual dan jujur apabila membeli dan jujur apabila membayar hutang, serta lemah lembut apabila menagih hutang.


Sunday 12 January 2014

Mati Itu Benar ....

Dengan namaMu Ya Allah, Allah Maha suci Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Allah Tuhan yang Maha Gagah, Maha Tunggal, Maha Kuasa dan Maha Kekal Abadi. Allah jua yang berkuasa memati dan membinasakan hambaNya untuk menilai amalan setiap hambaNya siapakah yang terbaik setiap amalannya tika di alam dunia. Sesungguhnya setiap amal ibadat setiap manusia akan diperhitungkan di akhirat kelak.


Segala sesuatu pasti akan binasa, kecuali zat Allah, Tuhan yang Maha Esa. Segala amalan kamu semasa hidup akan dibicarakan pada hari pengadilan nanti.



Setiap yang bernyawa pasti akan mati. Sesungguhnya balasan pahala kamu akan disempurnakan pada hari akhirat nanti. Sesiapa yang dapat mengelakkan dirinya daripada neraka, maka dialah orang yang berjaya. Sesungguhnya kehidupan di dunia adalah pentas dan akhirat jua yang kekal abadi. Dunia adalah tempat bercucuk tanam dan akhirat adalah tempat menuai hasilnya. Andai benih yang ditanam adalah sumber yang baik hasilnya yang akan fituai jua akan baik.



Daripada tanah kamu dijadikan, untuk mencari ganjaran dan pahala. Ke dalam tanah kamu akan dikeluarkan untuk menjadi habuan ulat dan cacing. Ingatlah, daripada dalam tanah ini, suatu ketika kelak kamu akan dibangkitkan.



Dengan nama Allah, dengan keagungan Allah, bermula daripada Allah, berbalik kepada Allah dan atas agamaMuhammad Rasulullah, inilah dia kiamat iaitu suatu yang telah dijanjikan oleh Allah dan Rasul itu adalah benar. Sesungguhnya kiamat itu berlaku tempikan yang sekali sahaja, maka dengan tiba-tiba manusia itu semuanya mati.


Wahai hamba Allah,… anak kepada…,

Selamat tinggal buat selama-lamanya. Kami serahkan kamu kepada Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Semoga kamu dikurniakan rahmat Allah, sekarang kamu telah berada di alam barzakh. Oleh yang demikian, janganlah kamu lupa ikatan janji taat setiamu yang ada semasa kamu meninggalkan kami untuk menuju ke alam Akhirat. Pengakuan itu: “bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, Nabi Muhammad itu pesuruh Allah”.

Apabila tiba dua malaikat sebagai wakil daripada Allah untuk menyoal kamu dan orang lain yang telah mati seperti kamu, maka janganlah kamu terkejut atau gerun, kerana kedua-duanya itu sama seperti kamu. Mereka adalah makhluk Allah. Apabila kedua-duanya bertanyakan kamu: “Siapakah Tuhan kamu? Siapa Nabi kamu? Apakah Agama kamu? Apakah ikutan kamu? Apakah kiblat kamu? Siapakah dia saudara kamu? Apakah keyakinan kamu semasa kamu mati?”

Maka kamu jawablah: “Allah Tuhanku, Muhammad Nabiku, Islam agamaku, Al-Quran ikutanku, Baitullah kiblatku, orang-orang Islam adalah saudaraku. Aku telah hidup, malah telah pun mati, tetapi aku tetap dengan pengakuan bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu pesuruh Allah”.

Peganglah wahai hamba Allah dengan keterangan ini. Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya engkau akan tetap tinggal di alam barzakh, sehingga ke suatu masa apabila sekalian penghuni kubur dibangkitkan kerana dibicarakan di hadapan Tuhan.

Ketahuilah wahai hamba Allah, bahawa sesungguhnya mati itu benar, masuk ke liang kubur benar, soalan Munkar dan Nakir adalah benar. Bangkit semula daripada kubur adalah benar; perbicaran kerana mengira amalan baik dan buruk adalah benar. Meniti sirat untuk menentukan ke syurga atau ke neraka adalah benar. Syurga dalah benar. Neraka adalah benar. Sesungguhnya hari Kiamat tetap kan tiba tanpa ragu-ragu lagi. Maka Allah akan menghidupkan sekalian manusia.

Semoga Allah tetapkan kamu dengan perkataan yang benar. Wahai jiwa yang tenang dan tenteram, kembalilah kamu kepada Tuhanmu dalam keadaan meredai dan diredai. Masuklah kamu ke dalam golongan hamba-hambaKu yang soleh dan masuklah kamu ke dalam SyurgaKu.

Kematian adalah satu keadaan roh akan terpisah daripada badan. Roh akan kembali kepadaNya. Manakala badan yang berasal daripada tanah, akan dikuburkan ke dalamnya. Sakaratul maut akan menemui kita sebelum kita mati. Di saat kita akan mula, kita akan menghadapi kesakitan yang tidak dapat digambarkan. Kita akan menghadapi ujian Allah yang paling getir, untuk menentukan samada kita akan menghadapi husnul khatimah atau su’ul khatimah. Justeru ini kita jangan lupa membaca doa itu setiap kali selepas solat:

“Wahai Tuhan kami, akhirkanlah kehidupan kami dengan kesudahan yang baik. Jangan berikan kami kesudahan yang buruk. Wahai Tuhan kami, permudahkanlah kami menghadapi sakaratul maut dan lepaskanlah kami daripada api neraka”.

1) Para Ulama’ berkata: “Sesiapa yang mengharapkan sesuatu, dia hendaklah berusaha mendapatkannya. Sesiapa yang takutkan sesuatu dia hendaklah berusaha melarikan diri darinya. Sesiapa yang mengharapkan keampunan dalam keadaan terus menerus melakukan dosa, dia adalah orang yang terpedaya”

2) Hendaklah kita ketahui walaupun rahmat Allah Maha luas, namun azabNya adalah terlalu pedih. Dia juga telah menakut-nakutkan dengan azab sekeras-kerasnya. Kenapa kita masih tidak merasa takut?

3) Moga kita tidak tergolong di dalam golongan yang terpedaya kerana menyangka ketaatan yang dilakukan adalah lebih banyak daripada maksiat. Keadaan adalah sama seperti seorang yang meminta keampunan dari Allah dengan beristighfar dan bertasbih setiap hari, tetapi menghabiskan sepanjang hari dengan percakapan dalam perkara yang ditegah. Kita hanya melihat kelebihan beristighfar dan bertasbih tetapi pada masa yang sama tidak nelihat hukuman atau akibat dosa mengumpat dan percakapan dalam perkara yang di tegah.

Wallahualam