BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday 19 January 2016

Surat Cinta Buatmu ๐Ÿ๐Ÿ๐Ÿ

Sejenak pagi ...

Surat cinta ... untuk MEREKA YANG RAGU....

Kepada orang yang ragu akan rezekinya…

Kepada Seorang pemuda yang ragu melangkah maju untuk menikah, khuwatir tidak dapat menghidupkan rumah tangga...

Kepada orang tua yang membatasi anaknya hanya dua atau tiga saja, karena khawatir miskin…

Kepada siapapun yang bingung hidup… takut miskin,…. 
Kepada orang yang selalu mengeluh kesusahan hidup…. dll

Simaklah perkataan Ulama besar Al Hasan Al Bashri :

ู‚ุงู„ ุงู„ุญุณู† ุงู„ุจุตุฑูŠ: ู‚ุฑุฃุช ููŠ ุชุณุนูŠู† ู…ูˆุถุนุง ู…ู† ุงู„ู‚ุฑุขู† ุฃู† ุงู„ู„ู‡ ู‚ุฏุฑ ุงู„ุฃุฑุฒุงู‚ ูˆุถู…ู†ู‡ุง ู„ุฎู„ู‚ู‡ ، ูˆู‚ุฑุฃุช ููŠ ู…ูˆุถุน ูˆุงุญุฏ " ุงู„ุดูŠุทุงู† ูŠุนุฏูƒู… ุงู„ูู‚ุฑ" : ูุดูƒูƒู†ุง ููŠ ู‚ูˆู„ ุงู„ุตุงุฏู‚ ููŠ ุชุณุนูŠู† ู…ูˆุถุนุง ، ูˆุตุฏู‚ู†ุง ู‚ูˆู„ ุงู„ูƒุงุฐุจ ููŠ ู…ูˆุถุน ูˆุงุญุฏ "

Al Hasan Al Bashri berkata: "aku telah membaca di SEMBILAN PULUH tempat (90 kali disebutkan) di dalam al Quran, bahwa sesungguhnya ALLAH TELAH MENETAPKAN (mentaqdirkan) REZEKI dan menjamin (menggaransi) rezeki itu untuk makhlukNya, dan aku membaca (hanya) pada satu tempat “syaitan menakut-nakutimu akan kefakiran” , lantas, (apakah layak) kita ragu terhadap perkataan yang maha benar di sembilan puluh tempat, sementara kita mempercayai perkataan pembohong (hanya) di satu tempat ?

Bersemangatlah..., maju... 

┈┈»̶·̵̭̌๐ŸŒน๐ŸŒบ๐ŸŒป๐ŸŒฟ๐ŸŒท̵̭̌«̶┈┈

Barangsiapa yang menunjuki kepada kebaikan maka dia akan mendapatkan pahala seperti pahala orang yang mengerjakannya.” (HR. Muslim no. 1893).

Tanda Orang Bijaksana

Saidina Othman Ibnu Affan r.a. berkata : 
Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:
· Hatinya selalu berniat suci
· Lidahnya selalu basah dengan zikrullah· Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa)
· Segala perkara dihadapainya dengan sabar dan tabah
· Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.

TERUSKANLAH BERPAUT PADA ALLAH ...

Hanya insan empunya hati yang lembut,yang mendapat bimbingan Allah
yang akan tersentuh dengan...

--- Nasihat
--- Teguran
--- Peringatan
--- Bencana
--- Ujian

Mereka akan rasa takut dan gerun dengan setiap PeringatanNya..
Dan sentiasa berharap dengan Rahmat dan SyurgaNya...

Teruslah berpaut pada Allah...
Ajaklah kawan2 kita bersama..
Andai mereka belum mahu berubah...
BERSABAR LAH...
kalau tidak hari ini
esok lusa mungkin...
kalau tidak nanti...
suatu hari nanti...PASTI !!

PESAN SAIDINA ALI BIN ABI TALIB BUATMU SAHABAT ...

Jangan berkawan dgn orang yang tamak kerana pada zahirnya ia ingin membahagiakanmu tapi hakikatnya dia akan mencelakan . Jauhilah berteman dengan pembohong kerana ia boleh menjadikan orang yang dekat lari daripadamu  dan sebaliknya .Janganlah berkawan dengan orang yang bakhil kerana ia akan melupaimu di waktu kamu sangat memerlukannya dan jauhilah bersahabat dengan orang yang suka berbuat jahat kerana ia tidak malu untuk menjualmu dengan harga yang sangat murah – Saidina Ali bin Abi Thalib

MILIK AYAH DAN IBU ... RAMAI YANG TIDAK TAHU ๐ŸŒธ๐ŸŒธ๐ŸŒธ

Terdapat sebuah pertanyaan di suatu Majlis Taklim. Suatu saat pada sesi tanya jawab kajian.

Penanya: Wahai Syeikh, Ibuku tinggal menumpang bersamaku dirumahku dan terjadi masalah antara Beliau dengan isteriku.

Syeikh: Ulangi pertanyaanmu..!!

Penanya: Ibuku tinggal menumpang bersamaku di rumahku.

Syeikh: Cuba ulangi pertanyaanmu..!!

Penanya: Ibuku tinggal menumpang bersamaku di rumahku.

Syeikh: Ulangi lagi pertanyaanmu..!!

Penanya: Ibuku tinggal menumpang bersamaku.

Syeikh: Ulangi sekali lagi pertanyaanmu..!!

Penanya: Wahai Syeikh, tolong biarkan aku menyelesaikan dulu pertanyaanku, jangan anda potong.

Syeikh: Pertanyaanmu salah, yang benar engkaulah yang hidup menumpang pada ibumu, meski rumah itu milikmu dan atas namamu..

Penanya: Iya Syeikh, kalau demikian selesai sudah permasalahannya..

Syeikh: Jangan durhaka wahai anak, jangan durhaka wahai menantu..!!
Kamu dengan seluruh hartamu adalah milik ibumu.

RasululLah SAW bersabda: "Engkau dan semua hartamu adalah milik ayah Ibumu"  [HR. Ibnu Majah no. 2291]

1. Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang, ibu-ibu jangan jatuh air mata dan anak jangan bagi ibu jatuh air mata.  Biarlah Ibu menangis kerana Anak Berjaya dan bukan sedih kerana Angkara Anak.

2. Kalau balik tengah malam, buka lampu tengok dan tatap muka Ibu/anak, sebab wajah orang tidur akan menampakkan segalanya

ADA 3 MATA YG TIDAK DIJILAT API NERAKA..

» Melihat kaabah sehingga menitis air mata.
» Membaca Al-Qur’an sehingga menitis air mata.
» Memandang wajah Ibu yang sedang tidur /sedar hingga berlinangan air mata.

Orang yang kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup, tengok masa tidur.
» Anak
» Ibu
» Suami /Isteri

1. Adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk menunjukkan sesuatu pada Ibu/bapa.

2. Barang siapa yang tidak mendoakan ibu/bapa selepas sembahyang buat ibu yang sudah meninggal maka dikira dia anak derhaka walaupun pada waktu ibu/bapanya hidup dia tak pernah menderhaka.  Maksudnya jika ibu/bapa masih hidup atau telah tiada, selepas setiap solat kita mesti mendoakannya.

3. Doa orang yang masih hidup makbul untuk orang yang hidup dan mati. Jadi doakanlah Ibu/bapa kita yang telah tiada.

4. Ketika melalui kubur, perlahankan kenderaan (jika sedang menaiki kenderaan) dan beri salam, mereka akan doakan kita “berkatilah si pulan ini” dan jika tak bagi salam, mereka akan kata “celakahlah orang ini”  Jadi, jangan lupa bagi salam.

5. Tanda-tanda siksa Allah atas muka bumi ini antara lain simpan harta sampai mati tak pernah keluarkan zakat.

6.    Sesiapa yang bersedekah selalu, takkan miskin orang itu selamanya.

7. Jika mak ayah kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita ada peruntukkan wang untuk dia, bila mak kita dah takde teruskan memberi peruntukkan itu sebagai sedekah.
“Ya Allah, aku sedekahkan bagi pihak ibu/bapaku, semoga pahala sedekah ni sampai kepada ibu/bapaku”.
Itu yang yang buat ibu/bapa kita bahagia di sana.

8. Kalau kita susah nak bersedekah, bayangkan wajah Ibu/bapa kita baru kita ringan tangan nak bersedekah.

9. Allah panjangkan usia Ibu/bapa supaya mereka sakit dan nyanyuk untuk beri syurga pada anak2nya. Jagalah mereka dengan baik In shaa Allah, syurga balasannya. Jadi kalau tahu ibu/bapa sakit, berebutlah menjaga ibu/bapa kita.  Besar sangat pahalanya.

10. Allah kalau boleh tak nak kita masuk neraka jadi Allah takkan matikan seseorang dalam keadaan kotor dan berdosa jadi dia bagi kita sakit/malu/miskin untuk mmbersihkan kita sebelum dia mengambil kita.

Ya Allah jadikan hari-hari kami penuh dengan bakti kami kepada orangtua kami dan berkatilah kehidupan kami..Aamiin Yarobbal A'lamiin.

PESANAN UNTUK KITA YG BERGELAR ANAK

BUAT RENUNGAN HATI-HATI YANG CINTAKAN ILMU❤️❤️❤️

Sabda Rasulullah S.A.W kepada Mu'adz bin Jabal :

"Wahai Mu'adz.....

๐Ÿ‘‰ kalau dalam amalanmu ada kelalaian maka tahanlah lidahmu jangan sampai memburukkan orang lain.
๐Ÿ‘‰Ingatlah dirimu sendiri pun penuh dengan aib.
๐Ÿ‘‰Janganlah mengangkat diri dan menekan orang lain.
๐Ÿ‘‰Jangan riyak dengan amal supaya amal itu diketahui orang.
๐Ÿ‘‰Jangan termasuk orang yang mementiingkan dunia dengan melupakan akhirat.
๐Ÿ‘‰Kamu jangan berbisik berdua ketika di sebelahmu ada orang lain yang tidak diajak berbisik
๐Ÿ‘‰Jangan takabbur dengan orang lain, nanti luput amalanmu dunia dan akhirat
๐Ÿ‘‰Jangan berkata kasar dalam suatu majlis dengan maksud supaya orang takut padamu.
๐Ÿ‘‰Jangan mengungkit-ungkit apabila membuat kebaikan
๐Ÿ‘‰Jangan merobekkan peribadi orang lain dengan mulutmu kelak engkau akan dirobek-robek oleh anjing-anjing Jahannam sebagaimana firman Allah yang bermaksud
"Di neraka itu ada anjing-anjing perobek badan manusia."

๐Ÿ‘‰Muaz bertanya lagi
"Ya Rasulullah... siapa yang tahan menanggung penderitaan seperti itu?"

๐Ÿ‘‰Jawab Rasulullah:
"Muaz, yang demikian itu akan mudah bagi mereka yang dimudahkan oleh Allah s.w.t. Cukuplah untuk menghindarkan semua itu, kamu menyayangi orang lain sebagaimana kamu mengasihi dirimu sendiri dan benci apa yang berlaku kepada orang lain apa-apa yang engkau benci berlaku pada dirimu. Dengan demikian, kamu akan selamat dan dirimu pasti akan terhindar."

๐ŸŒน USY ๐ŸŒน

KENAPA KITA DILARANG TIDUR SELEPAS SUBUH ...


Siapa yang suka tidur lepas subuh tolong baca.. dan siapa suka tidur lepas subuh kemudian bangun nak solat dhuha pun tolong baca.. sentap dan muhasabah sesama.. takda ruginya.. in shaa Allah..


Tidur lepas subuh, bagi pandangan orang soleh.


Sedikit perkongsian. Sebelum ini, aku sempat berjumpa dengan seorang soleh.


Hatinya itu terlekatnya ilmu basyirah yg tinggi iaitu ilmu firasat yg sangat kuat. Jadi sesiapa yg dekat dengannya, hati-hati. Apa yang terlintas di hati dan fikiran, pastikan niatkan perkara yang baik.

Aku perbetulkan niat, adab aku, tingkah laku bila tiap kali berdepan dengan beliau ini.

Diberi peluang, aku terus bertanya.


“ustaz, macam mana nak buat supaya tak tidur lepas subuh?”

Dia menjawabkan,

“tak pernah wujud istilah tidur lepas subuh”.


Ohhh, “jadi ustaz, ape hukum tidur lepas subuh?


“Kau nak aku jawab dalam mazhab kau atau mazhab aku? Dia mengatakan lagi.


Aku bisik dalam hati “ada byk mazhab ke dia ni?”.


Jangan kau nak menyatakan perkara yg kau tak boleh sorokkan dengan aku.


“Astaghfirullah, dia membaca lintasan hati aku…”


“maaf ustaz”.


Aku cakap dekat dia,


“dua dua mazhab lah ustaz”.


Dia kata, kalau dengan cara hidup kau, cara amalan kau, mazhab kau, kau teruskanlah tidur lepas subuh dan jadilah kau seperti anjing mati.


Aku nak menangis.


“Tapi kalau dalam mazhab aku, cara aku, amalan yang aku tau, orang yang macam ini dia jatuh KUFUR!”


Aku senyap.


“kenapa ustaz?”


Dia menjawab, orang yang macam ini SOMBONG dengan Allah. Dia berlagak depan Allah!. Dia menolak pemberian Allah! Bagaimana dia boleh tidur sedangkan Allah itu menurunkan rezekinya, rahmatnya setiap pagi selepas terbit fajar, tapi dia boleh tidur. Umpama mcm kalau kau seorang yang jutawan,


bawa duit yang berjuta-juta berjumpa dengan seorang miskin papa kedana setiap hari. Tetapi apa yang dilakukan oleh fakir tadi kepada kau? Dia tidur dan tak mempedulikan langsung duit kau sedangkan dia miskin. Jadi ape yg ada pada fikiran kau? Mesti kau akan kata “dia ni dah lah miskin nak mampus, sombong pulak tu”.


Aku tersentak.


Dia berkata lagi


“orang yang tidur lepas subuh dan lepas itu bangun, ada hati lagi nak Dhuha, Allahuakbar. Orang macam ini lagi tak malu depan Allah. Tadi dia tolak pemberian Allah. Sekarang mahu tarik semula rezeki dan rahmat Allah. Sesungguhnya manusia itu jahil. Sepatutnya orang ini perlu bertaubat dulu sebelum nak solat dhuha”.


Allahuakbar.


Bila duduk dengan orang yang setiap masa takutkan Allah, baru sedar macam mana amalan kita selama ni. Betapa hinanya fikiran aku selama ini. Jauh beza nak banding amalan kita yang tak tau Allah terima ke tak. Tapi hidup setiap hari macam tak rasa banyak dosa. Allahhh…


Kita ni banyak dosa, bukan setakat banyak dosa bahkan bermandikan dosa.


Dia kata lagi


“orang yang riak kalau bertaubat Allah ampunkan. Kalau orang yang sombong apa kau rasa Allah nak ampunkan sedangkan itu adalah sifat iblis?

Allahuakbar.

Aku tanya tentang tidur lepas subuh je dah rasa macam nak ke neraka. Belum tanya hal lain lagi.


Dia kata lagi


“ramai orang muda kata perlu tidur lepas subuh sebab tak cukup tidur malam tadi sebab main futsal lah, jalan-jalan dan apa kau tak pernah fikir siang dan malam itu adalah sunnatullah?”


“Allah dah kata dalam Al-Quran, siang aku jadikan untuk kau bekerja, malam untuk kau berehat. Kalau sunnatullah kau ubah ikut kepala otak kau sendiri, sebab itulah hidup kau tunggang langgang.


Kau siapa? Nak ubah sunnatullah?


“Allahuakbar, jauhnya beza pemikiran kita dengan orang yang takut dengan Allah. Orang yang dekat dengan Allah. Hidup memang kena pandu Al-Quran dan hadis. Tapi, carilah orang yang boleh memperjelaskan lagi apa yang ada dalam Al-Quran dan hadis itu. Janganlah asyik meminta dalil dari orang itu orang ini dan memproses dengan kepala sendiri. Ada orang bawa Al-Quran ke hulu ke hilir.


Tak salah, tapi carilah panduannya dengan baik supaya tak tersalah tafsir hukum ikut nafsu.

Sentap beb,,rase macam potong bawang halus2,,tapi benar setelah aku mula sedar fakirnya aku jika aku tidur lpas subuh,,lantaran
itu a

DI MANAKAH KITA ...

Ada seorang sahabat yang menemui seorang pemimpin yang alim, kaya dan soleh.
Dia orang yang sangat sopan, terkenal menghargai setiap orang dan mempunyai peribadi yang sangat menyenangkan.
Ketika ditanya oleh sahabat tersebut apa TIPS agar dia mempunyai peribadi yang MENYENANGKAN, RENDAH HATI dan DISENANGI banyak orang, pemimpin yang soleh itu menjawab:

” Saudara , saya SELALU mengHARGAi SETIAP ORANG, siapapun dia, dan saya SELALU mengHARGAi setiap KESEMPATAN”


● "Jika saya berjumpa dengan ANAK-ANAK, saya menganggap anak-anak itu LEBIH MULIA daripada saya, kerana anak-kanak ini BELUM BANYAK melakukan DOSA daripada saya.”


●” Apabila saya bertemu dengan ORANG TUA, saya menganggap dia LEBIH MULIA  daripada saya kerana dia sudah LEBIH LAMA  berIBADAH."


●”Jika saya berjumpa dengan ORANG ALIM, saya menganggap dia LEBIH MULIA daripada saya kerana BANYAK ILMU yang telah mereka pelajari dan ketahui."


●"Apabila saya berjumpa dengan RAKYATku, saya menganggap dia LEBIH MULIA daripada saya kerana dia tidak akan DIMINTA PERTANGGUNG JAWABAN seberat saya, dan mungkin di mata Allah dia LEBIH MULIA kerana lebih berTAKWA."


●”Apabila saya melihat ORANG JAHIL (BODOH), saya menganggap mereka LEBIH MULIA daripada saya kerana mereka membuat DOSA dalam keJAHILan, sedangkan saya membuat DOSA dalam keadaan MENGETAHUI."


●”Jika saya melihat ORANG JAHAT, saya TIDAK menganggap kita LEBIH MULIA kerana mungkin satu hari nanti dia akan INSAF dan BERTAUBAT atas kesalahannya sehingga dia DICINTAI oleh Allah."


●”Apabila saya bertemu dengan ORANG KAFIR, saya mengingatkan di dalam hati bahawa mungkin pada suatu hari nanti mereka akan DIBERI HIDAYAH oleh Allah dan akan memeluk Islam, maka segala dosa mereka akan DIAMPUNI oleh Allah.”


Dan...


●Kerana sesungguhnya kita TIDAK TAHU apakah AKHIR HIDUP kita lebih LEBIH MULIA atau LEBIH HINA dari mereka.

●Kerana sesungguhnya kita TIDAK TAHU apakah kita akan mendapat AMPUNAN dan RAHMAT dari Allah sehingga nantinya menjadi penghuni SYURGA, atau sebaliknya kita pada akhirnya TERPEROSOK  dalam DOSA di AKHIR HIDUP kita sehingga akhirnya masuk ke dalam NERAKA dan mereka SEBALIKNYA.
●Kerana KEMULIAAN yang sesungguhnya adalah bila dia selamat dari NERAKA dan dimasukkan oleh Allah ke dalam SYURGA.
●Kerana KEHIDUPAN DUNIA adalah FATAMORGANA yang MENIPU, dan  hanya Allah yang mengetaui KEMULIAAN seseorang."
●Dan kerana sesungguhnya Rasulullah salallaahu ’alaihi wa sallam telah bersabda  (dari Abu Abdurahman Abdullah ibn Mas'ud ra) :

”Sesungguhnya seseorang di antara kamu dikumpulkan penciptaannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa air mani. Kemudian 40 hari menjadi segumpal darah, kemudian 40 menjadi sepotong daging. Kemudian diutuslah seorang Malaikat untuk MENIUPKAN ROH kepadanya dan diperintah dengan 4 (macam) perintah, yaitu meNULISkan REZEKInya, AJALnya, AMALnya, dan CELAKAnya atau BAHAGIAnya.


Demi Dzat yang tiada Tuhan selain Dia, sesungguhnya seseorang di antara kamu melakukan AMAL AHLI SYURGA hingga tiada jarak antara dirinya dengan SYURGA, melainkan hanya SEJENGKAL saja, Lalu dia di dahului oleh CATATAN TAKDIRnya dan beramal dengan AMAL AHLI NERAKA, maka masuklah dia ke NERAKA.


Dan (ada pula) seseorang diantara kamu melakukan AMAL AHLI NERAKA hingga tiada jarak antara dirinya dengan NERAKA, melainkan hanya SEJENGKAL saja, Lalu dia di dahului oleh CATATAN TAKDIRnya dan beramal dengan AMAL AHLI SYURGA, maka masuklah dia ke SYURGA”


(HR. Bukhari, Muslim)

Nota Ikhlas : USY@kembarasufi

Monday 18 January 2016

NASIHAT ANGGUN MEMPERSONA SEORANG GURU KEPADA MURID



๐Ÿ‘ค Seorang murid bertanya kepada gurunya :
"Betapa banyak kita bermaksiat kepada Allah namun Ia tidak menghukum kita.."

๐Ÿ’ฌ Seorang Syeikh (Guru) menjawab :
๐Ÿ”นBetapa sering Allah menghukum dirimu tanpa kau sedari …
๐Ÿ”นTidakkah pernah kau merasakan kehilangan manisnya bermunajat kepada  
   Allah?
๐Ÿ”น(Ketahuilah) tidaklah ada musibah yang menimpa seseorang yang lebih
   dahsyat daripada kerasnya hati …
๐Ÿ”นSesungguhnya boleh jadi hukuman terberat yang akan menimpamu  
   adalah minimanya taufik untuk beramal kebajikan
๐Ÿ”น(Muridku) Tidakkah hari² berlalu melewatimu tanpa bacaan al-Qur'an?!
๐Ÿ”นBahkan betapa sering engkau mendengarkan ayat yang Allah berfirman :
ู„ูˆ ุฃู†ุฒู„ู†ุง ู‡ุฐุง ุงู„ู‚ุฑุขู† ุนู„ู‰ ุฌุจู„ ู„ุฑุฃูŠุชู‡ ุฎุงุดุนุง ู…ุชุตุฏุนุง ู…ู† ุฎุดูŠุฉ ุงู„ู„ู‡...
"Sekiranya Kami turunkan al-Qur'an ini kepada gunung, nescaya kau kan melihat gunung tsb dalam keadaan tunduk dan patuh lantaran takut kepada Allah."
๐Ÿ”นSedangkan dirimu begitu lalai seakan-akan tidak pernah mendengarkan
   ayat ini...
๐Ÿ”น(Muridku) Tidakkah malam² yang panjang berlalu melewatimu sedangkan
   dirimu terhalang dari qiyamullail (sholat malam)?!
๐Ÿ”นTidakkah musim² kebaikan berlalu melewatimu, iaitu Ramadhan, enam hari  
   di Syawwal, 10 hari Dzulhijjah, dst … Namun dirimu tidak mendapatkan
   taufik untuk memanfaatkan waktu tsb sebagaimana selayaknya...?!
๐Ÿ’ข Apakah ada hukuman yang lebih besar dari ini??!
๐Ÿ”นTidakkah kau merasa bagaimana beratnya melaksanakan amal ketaatan
   (saat ini)?!
๐Ÿ”นTidakkah kau merasakan betapa lemahnya dirimu ketika berhadapan
   dengan hawa nafsu dan syahwat?!.
๐Ÿ”นTidakkah kau merasakan bahwa dirimu ditimpa (penyakit) cinta dengan
   harta, kedudukan dan populariti?!
๐Ÿ’ข Adakah hukuman yang lebih besar daripada ini?!
๐Ÿ”นTidakkah kau merasakan betapa mudahnya (sekarang) dirimu melakukan  
   ghibah (menggunjing), namimah (mengadu domba) dan dusta.
๐Ÿ”นTidakkah kau merasa bahawa dirimu sekarang senang dengan
   menyibukkan diri dengan hal² tidak berguna dan tidak bermanfaat?!
๐Ÿ”นTidakkah kamu merasa bahawa dirimu telah melupakan akhirat dan
   menjadikan dunia sebagai obsesi terbesarmu?!
๐Ÿ’ข Semua ini adalah tipuan yang sejatinya adalah bentuk hukuman dari
    Allah …
๐Ÿ’ข Maka hati²lah wahai anakku, kerana sesungguhnya hukuman paling
    ringan dari Allah adalah sesuatu yang bersifat materi (dapat diindera)
    baik itu harta, anak ataupun kesihatan..
๐Ÿ’ข Sedangkan hukuman paling berat adalah yang menimpa hatimu...
๐Ÿ”นKerana itu pintalah kepada Allah keselamatan dan mohonlah ampun atas dosa²mu...

๐Ÿ”นKerana sesungguhnya seorang hamba terhalang dari taufik untuk beramal ketaatan lantaran dosa yang dilakukannya...

APA KHABAR IMAN ...


Assalammualaikum semua ๐Ÿ˜Š

Apa khabar iman hari ini?

Bila kali terakhir kita demam? ๐Ÿ˜ท

Kalau kita tengah demam, mesti makan apa pun rasa pahit. Betul tak?

Rasa tak ada selera nak makan, rasa nak muntah je…

Haa tu kalau jasad yang demam. Macam mana pula kalau iman yang demam?

Tiap kali lakukan amal ketaatan seperti solat, baca al-Quran dan sebagainya, tapi rasa tak ada roh. Rasa kosong, tak dapat rasa kehadiran Allah, tak rasa takut, tak rasa nak menangis.

Tahu tak, kalau begitulah simptom-simptomnya, mungkin iman kita tengah demam.
Mungkin iman kita kena serang dengan penyakit-penyakit hati.

Tak tahulah, mungkin kita sombong, ujub, riak, takabur dan entah apa-apa lagi virus iman yang pelik-pelik.
Hingga akhirnya iman kita demam. Sebab itulah kita tak rasa apa-apa bila buat amal ketaatan.


Jadi, jom cepat-cepat muhasabah diri dan taubat pada Allah agar sentiasa dapat rasa kemanisan iman! ๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š