BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday 18 January 2016

NASIHAT ANGGUN MEMPERSONA SEORANG GURU KEPADA MURID



👤 Seorang murid bertanya kepada gurunya :
"Betapa banyak kita bermaksiat kepada Allah namun Ia tidak menghukum kita.."

💬 Seorang Syeikh (Guru) menjawab :
🔹Betapa sering Allah menghukum dirimu tanpa kau sedari …
🔹Tidakkah pernah kau merasakan kehilangan manisnya bermunajat kepada  
   Allah?
🔹(Ketahuilah) tidaklah ada musibah yang menimpa seseorang yang lebih
   dahsyat daripada kerasnya hati …
🔹Sesungguhnya boleh jadi hukuman terberat yang akan menimpamu  
   adalah minimanya taufik untuk beramal kebajikan
🔹(Muridku) Tidakkah hari² berlalu melewatimu tanpa bacaan al-Qur'an?!
🔹Bahkan betapa sering engkau mendengarkan ayat yang Allah berfirman :
لو أنزلنا هذا القرآن على جبل لرأيته خاشعا متصدعا من خشية الله...
"Sekiranya Kami turunkan al-Qur'an ini kepada gunung, nescaya kau kan melihat gunung tsb dalam keadaan tunduk dan patuh lantaran takut kepada Allah."
🔹Sedangkan dirimu begitu lalai seakan-akan tidak pernah mendengarkan
   ayat ini...
🔹(Muridku) Tidakkah malam² yang panjang berlalu melewatimu sedangkan
   dirimu terhalang dari qiyamullail (sholat malam)?!
🔹Tidakkah musim² kebaikan berlalu melewatimu, iaitu Ramadhan, enam hari  
   di Syawwal, 10 hari Dzulhijjah, dst … Namun dirimu tidak mendapatkan
   taufik untuk memanfaatkan waktu tsb sebagaimana selayaknya...?!
💢 Apakah ada hukuman yang lebih besar dari ini??!
🔹Tidakkah kau merasa bagaimana beratnya melaksanakan amal ketaatan
   (saat ini)?!
🔹Tidakkah kau merasakan betapa lemahnya dirimu ketika berhadapan
   dengan hawa nafsu dan syahwat?!.
🔹Tidakkah kau merasakan bahwa dirimu ditimpa (penyakit) cinta dengan
   harta, kedudukan dan populariti?!
💢 Adakah hukuman yang lebih besar daripada ini?!
🔹Tidakkah kau merasakan betapa mudahnya (sekarang) dirimu melakukan  
   ghibah (menggunjing), namimah (mengadu domba) dan dusta.
🔹Tidakkah kau merasa bahawa dirimu sekarang senang dengan
   menyibukkan diri dengan hal² tidak berguna dan tidak bermanfaat?!
🔹Tidakkah kamu merasa bahawa dirimu telah melupakan akhirat dan
   menjadikan dunia sebagai obsesi terbesarmu?!
💢 Semua ini adalah tipuan yang sejatinya adalah bentuk hukuman dari
    Allah …
💢 Maka hati²lah wahai anakku, kerana sesungguhnya hukuman paling
    ringan dari Allah adalah sesuatu yang bersifat materi (dapat diindera)
    baik itu harta, anak ataupun kesihatan..
💢 Sedangkan hukuman paling berat adalah yang menimpa hatimu...
🔹Kerana itu pintalah kepada Allah keselamatan dan mohonlah ampun atas dosa²mu...

🔹Kerana sesungguhnya seorang hamba terhalang dari taufik untuk beramal ketaatan lantaran dosa yang dilakukannya...

0 comments: