BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday 9 November 2016

๐ŸŒนAKU DAN HATI

Aku Dan HATI:
Tazkirah Harian 17 Muharram 1438H

Mahal Saat Diperlukan.

Air sangat penting dalam kehidupan manusia.Kita tidak dapat hidup tanpa air.Dengan kasih sayang dan rahmat Allah kepada manusia,Allah menjadikan air dalam kuantiti yang sangat banyak.Pada masa ini,apalah harga segelas air? Sangat murah.Jika ada yang meminta,kita bersedia memberinya percuma. 

Namun mari kita bayangkan satu situasi. Apabila seluruh dunia mengalami kemarau hingga air sangat sukar diperolehi.Ketika semua manusia kehausan,harga segelas air menjadi lebih mahal daripada petrol. Bahkan semakin manusia memerlukannya,semakin tinggi harga air tersebut.
Segelas air yang sangat murah menjadi mahal apabila diperlukan.Begitu juga amal ibadah kita seperti solat,zakat,sedekah, haji dan lain-lain.
Pada masa itu kita belum menyedari harga amal ibadah kita sebab kita belum memerlukannya. Kita masih hidup dalam dunia yang mengagungkan kebendaan. Semua diukur dengan harta,jawapan,populariti dan kuasa.Justeru, siapa yang memiliki salah satu daripadanya akan dipandang tinggi dan dihormati.

Namun apabila kita meninggalkan dunia,lalu berpindah ke alam akhirat,pada saat itu kita tersedar bahawa kayu ukur dunia tidak lagi digunakan.Hamba dunia akan menggigit jari dan berkata dengan penuh penyesalan;"Tidak berguna lagi hartaku,telah binasalah kekuasaanku."
Pada masa yang sama,amal kebaikan yang sebelumnya sangat murah menjadi sangat mahal. Semua orang memerlukan amal kebaikan untuk menyelamatkannya daripada neraka. Pada hari itu,orang yang paling terhormat bukan lagi orang yang banyak hartanya,akan tetapi orang yang paling baik amalannya.

Wallahu A'lam
Semoga bermanfaat ๐Ÿ‘Œ๐Ÿ’š

๐ŸŒธANTARA SEBAB AMALAN TIDAK DITERIMA DI SETIAP LAPISAN LANGIT๐ŸŒธ

ANTARA SEBAB-SEBAB AMALAN KITA TIDAK DITERIMA DI SETIAP LAPISAN LANGIT

1. Lapisan Langit Pertama: Mengumpat.
2. Lapisan Langit Ke-2 : Amalan untuk keuntungan dunia semata-mata.
3. Lapisan Langit Ke-3 : Sombong atau Takabbur.
4. Lapisan Langit Ke-4 : Ujub.
5. Lapisan Langit Ke-5 : Dengki.
6. Lapisan Langit Ke-6 : Tidak berbelas kasihan kepada orang lain.
7. Lapisan Langit Ke-7 : Riak.

Menurut Imam Al-Ghazali, riak boleh berlaku dalam 12 perkara iaitu:

1. Riak dalam ibadat.
2. Riak dalam ilmu.
3. Riak dalam amalan.
4. Riak dalam kata-kata.
5. Riak bila berzuhud.
6. Riak dengan harta.
7. Riak kerana pangkat.
8. Riak dengan pencapaian.
9. Riak dengan kebolehan.
10. Riak dengan kecantikan tubuh badan.
11. Riak dengan suara yang lunak merdu.
12. Riak dengan kumpulan yang disertai.

Akhir sekali, apabila amalan yang dihadapkan kepada Allah melepasi kesemua 7 lapisan langit, ada satu lagi sebab mengapa amalan kita ditolak oleh Allah SWT. Sebab amalan kita ditolak setelah melepasi 7 lapisan langit ialah amalan yang tidak disertai keikhlasan.

 - Petikan hadis daripada Muaz bin Jabal.

Muhasabah diri.๐Ÿ˜”

๐ŸŒนNAFSU

Nafsu
๐Ÿƒ๐Ÿƒ๐Ÿƒ๐Ÿƒ๐Ÿƒ๐Ÿƒ
Nafsu ialah organ rohani manusia yang memiliki pengaruh paling banyak dan paling besar di antara anggota rohani yang lain. Nafsu mengeluarkan arahan kepada anggota jasmani untuk melakukan sesuatu tindakan.
.
Pembahagian nafsu secara umumnya boleh dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu:
.
– 7 peringkat yang ditempuh oleh diri atau nafsu manusia
– 10 rupa nafsu yang menggambarkan jiwa atau sifat tercela yang ada pada manusia.
.
Artikel ini akan menghuraikan secara ringkas 10 rupa nafsu (jiwa/sifat tercela) yang ada dalam diri manusia, yang perlu dijinakkan atau dihapuskan/dihindari.
.
(1) Nafsu kalbiyah 
– Sifat anjing
– yang kewujudannya antara lain suka memonopoli
.
(2) Nafsu himariyah
– Jiwa keldai
– yang pandai memikul namun tidak mengerti sedikit pun apa yang dipikulnya
– dengan kata lain, ia tidak memahami masalah
.
(3) Nafsu sabu’iyah
– Jiwa serigala
– suka-suka menyakiti atau menganiaya orang lain dengan cara apa pun
.
(4) Nafsu fa’riyah
– Hati tikus
– sebangsa merosak, atau semacamnya
.
(5) Nafsu dzatis-suhumi wa hamati wal-hayati wal-aqrabi
-Jiwa binatang penyengat
– berupa sebagai ular dan kala jengking
– senang menyindir-nyindir orang, menyakiti hati orang, dengki, dendam, dan sepertinya
.
(6) Nafsu khinziriyah
– Sifat babi
– suka kepada yang kotor, busuk, hapak, dan yang menjijikkan
.
(7) Nafsu thusiyah
– Nafsu merak
– antara lain suka menyombongkan diri, suka beraksi, berlagak, busung dada, dan sebagainya
.
(8) Nafsu jamaliyah
– Nafsu unta
– tak punya rasa santun, kasih sayang, tidak bermasyarakat, tidak peduli kesusahan orang lain
– yang penting dirinya selamat dan untung
.
(9) Nafsu dubbiyah
– Jiwa beruang
– biarpun kuat dan gagah, tapi pendek akal dan dungu
.
(10) Nafsu qirdiyah
– Jiwa beruk
– diberi ia mengejek, tidak diberi ia mencebik
– sinis dan suka melecehkan/memandang ringan

☘PUISI UNTUK WANITA SOLEHAH☘

๐ŸŒนPuisi Untuk Wanita Solehah๐ŸŒน

Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini.

Keayuan wanita solehah itu,
tidak terletak pada kecantikan wajahnya,
Kemanisan wanita solehah,
tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu,
Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin,
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu,

Bukan dan tidak sama sekali,
Kepetahan wanita solehah,
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama.

Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam,
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek,
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai.

Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran,
kerana satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman,
Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat ilahi,

Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai,
kerana ada lagi manusia yang lebih berpegetahuan darimu,
Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,
kerana ada lagi insan yang lebih malang darimu,
Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya,
Bersyukurlah diatas apa yang ada,
Serta berusaha demi keluarga, bangsa dan agama.

๐ŸŒนSalam perjuangan untuk sahabatku,
Wanita solehah.๐ŸŒน

๐ŸŒน"Wanita hiasan dunia, Seindah hiasan adalah wanita solehah"๐ŸŒน
#copypaste

๐Ÿ’•RINDU KASIH ILLAHI๐Ÿ’•

๐Ÿ’•๐ŸŒนBismillahirahmanirahim
.
๐Ÿ’•๐ŸŒนSebaik baik kehidupan ini , adalah ketika :

Tenang tanpa sengketa ,
Tenteram tanpa dendam,
Ikhlas tanpa prasangka ,
.
๐Ÿ’•๐ŸŒนKerana :

Dalam kelembutan hati ada ketulusan...
Dalam keindahan jiwa ada kesabaran..
Dalam lembutnya perasaan ada keperihatinan..
.
๐Ÿ’•๐ŸŒนDamai lah dengan saling memaafkan..
Sering mendoakan..
.
๐Ÿ’•๐Ÿ’•Rindu Kasih Ilahi..

Thursday 3 November 2016

๐ŸŒธ 5 KEADAAN ❤️ YANG BERCAHAYA

Maka ketahuilah temanku 5 keadaan hati yang bercahaya.....

Pertama :  hati akan bersinar dengan kesedihan kerana menyesal atas habisnya umur yang sia-sia tanpa amal yang bermanfaat.

Kedua :  hati akan bersinar dengan kesedihan kerana menyesal atas maksiat yang telah dikerjakan, sehingga hati menjadi takut kalau hal itu akan menghalangi diri dari masuk syurga Allah.

Ketiga : hati akan bersinar dengan kesedihan kerana menyesal atas tindakan mensia siakan hukum Allah dengan mengambil alih hukum-hukum buatan manusia.

Keempat : hati akan bersinar dengan kesedihan kerana menyesal atas terhinanya kaum muslimin kerana mereka telah dikuasai oleh orang-orang kafir.

Kelima : hati akan bersinar dengan kesedihan kerana menyesal atas perpecahan yang terjadi di tubuh para ulama @ para da'ie muslim kerana ego mereka yang hanya sibuk dengan urusan peribadi daripada memikirkan tujuan dakwah yang lebih utama. 

Rujukan: 
(Abdul Hamid Al-Bilali, Manhaj Tabi'in fi Tarbiyah An-Nafs)

SOLAT ... TAPI MASIH MELAKUKAN MAKSIAT

"Eh! Dia tu solat tak tinggal, tapi buat maksiat.."

Solat...tapi masih lakukan maksiat, masih buat dosa ??? ๐Ÿค”๐Ÿค”๐Ÿค”

1. Cuba check balik kualiti wudhu' kita. Sempurna tak? 

2. Cuba check balik kualiti solat kita. Sempurna tak ? Ok tak ?

Allah berfirman dalam Al Quran ;

ุงู„ุตَّู„َุงุฉَ ุชَู†ْู‡َู‰ ุนَู†ِ ุงู„ْูَุญْุดَุงุกِ ูˆَุงู„ْู…ُู†ْูƒَุฑِ ูˆَู„َุฐِูƒْุฑُ ุงู„ู„َّู‡ِ ุฃَูƒْุจَุฑُ ูˆَุงู„ู„َّู‡ُ ูŠَุนْู„َู…ُ ู…َุง ุชَุตْู†َุนُูˆู†َ ( ุงู„ุนู†ูƒุจูˆุช : 45)

“.....Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadat-ibadat yang lain). Dan Allah mengetahui apa yang kalian kerjakan.” (Al-‘Ankabuut: 45)

Jom tengok sat .... 
kenapa kita masih buat maksiat walau kita ni ' orang solat '.

Al-Fahsyaa’ (perbuatan-perbuatan keji):
seluruh dosa yang dianggap besar dan sangat buruk dan jiwa tertarik untuk melakukannya. 

Al-Munkar : 
adalah setiap maksiat yang diingkari oleh akal dan fitrah manusia. 

Mengapa solat mampu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar? 
๐Ÿ‘‰Ini adalah kerana seorang hamba jika mengerjakannya dengan menyempurnakan rukun-rukun dan syarat-syarat solat serta memberatkan khusyuknya maka hal tersebut dapat menerangi dan membersihkan hatinya, menambah keimanannya, semakin kuat keinginannya untuk berbuat baik dan semakin sedikit atau bahkan tidak ada keinginan untuk melakukan keburukan dan kejahatan.

Errmmm....๐Ÿค”๐Ÿค”๐Ÿค”
Solat kita macam tu ๐Ÿ‘†๐Ÿ‘†๐Ÿ‘† tak???

Jadi...
Andai kita solat, tapi masih melakukan maksiat, masih melakukan dosa, ianya BUKAN SALAH SOLAT...BUKAN SALAH SOLAT!!! Tapi...ianya SALAH KITA...YA, SALAH KITA!!!

So, kawan2...
perbaikilah diri kita untuk perbaiki solat kita..kita jaga rukun-rukun solat, keikhlasan ketika mendirikannya, kekhusyukkan kepada Allah, ketakutan kepada Allah dan zikir kepadaNya.

Ambil wudhu' elok elok...
Solat elok elok...akhlak dan sahsiah kita juga akan elok dan terpelihara dari kejahatan sepertimana kita menjaga solat kita...kan?

Nak ke nak? Nakla kaaan...? Jom ๐Ÿ’ช๐Ÿ’ช๐Ÿ’ช

700 KETENANGAN DALAM 7 KALIMAT

Cerita seseorang yang meminta 700 ketenangan dalam tujuh kalimat yang dapat dia amalkan sehari-hari kepada ulama :

“Wahai orang bijak, sesungguhnya saya datang untuk mendapatkan ilmu yang telah Allah berikan kepadamu. Beritahukan kepada saya tentang langit dan apa yang lebih berat darinya. Tentang bumi dan apa yang lebih luas darinya. Tentang batu karang dan apa yang lebih keras darinya. Tentang api dan apa yang lebih panas darinya. Tentang salji dan apa yang lebih dingin darinya. Tentang lautan dan apa yang lebih kaya darinya. Orang miskin papa dan apa yang lebih hina darinya.”

Orang bijak menjawab...

“Ketahuilah, sesungguhnya...berdusta atas orang tidak bersalah lebih berat dari segenap langit. Kebenaran lebih luas dari bumi. Hati yang menerima (lapang dada dan ikhlas) lebih kaya dari lautan. Ketamakan dan kedengkian lebih panas dari api. Keperluan akan kerabat bila tidak berhasil lebih dingin dari salji. Hati orang kafir lebih keras dari batu. Penghasut bila terbongkar perkaranya lebih hina dari orang miskin papa.”

~ Kitab : Al Mustakhlas Fii Tazkiyatil Anfus ; Sa'ied Hawwa ~

๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š

Tuesday 25 October 2016

REZEKI ... Tidak Pernah Salah Alamat

Karya : Dr. Huda Bt Dato' Haron

Bukan rezeki yang sempit, mungkin sedekah kita yg masih semput.

Bukan rezeki yang sedikit, mungkin kita yang kuat mengungkit.

Bukan rezeki yg kelat, mungkin maksiat kita makin melarat.

Bukan  rezeki terputus putus, mungkin kita gemar berkeluh kesah dan meratuih

Bukan nikmat yang kurang, mungkin terima kasih dan syukur kita yang tersangat jarang.

Bukan hidup tidak tenang, mungkin solat kita  culas, cacat dan terbelakang.

Bukan rezeki yang tidak cukup, mungkin Quran kita jarang buka apalagi baca, kelas ngaji, talaqqi pun tak pegi,nak hafaz pun jauh sekali, jauh panggang dari api.

Bukan rezeki yang payah, mungkin kita kedekut berdoa , nak zikir pun asik lupa,makin sombong makin angkuh mendabik dada.

Bukan rezeki yang menyimpang *sesat*

Kerana,
Sesungguhnya..
REZEKI... TIDAK pernah salah alamat.                               

#sharingiscaring

Tuesday 18 October 2016

UNTUKMU WANITA

Buat wanita ❤❤❤

Labuhnya tudung bukan petanda kau umpama bidadari dunia ..
Singkatnya tudung pula bukan petanda kau jahat sampai masuk api neraka ..

Berstokin kaki bukan petanda kau solehah .
Tidak berstokin pula bukan petanda kau seburuk-buruk muslimah .

Berhandsock warna bagai bukan petanda kau muslimah sejati .
Tidak berhandsock pula bukan petanda kau punya ibadah tak diberkati .

Kau mencari .
Aku mencari .

Bertudung bukan sekadar menutupi rambut yang cantik mengurai tapi menjaga gerak geri .

Berstokin bukan sekadar menutupi kaki yang lasak berjalan tapi melindungi .

Berhandsock bukan sekadar menutupi lengan yang sering kena sinaran mentari tapi untuk mengingatkan diri .

Tegur . Bukan cakap 'masing-masing punya kubur' .
Nasihat . Bukan mengumpat 

Untuk mengubah perlu berhikmah bukannya menyumpah seranah .

Yang sudah bertudung labuh , berstokin dan berhandsock .
teruskan istiqamahmu . Bantulah mad'u mu .

Yang masih bertudung singkat hingga nampak rantai berbatu , masih tunggang motor hingga nampak kudis dan bulu , masih sinsing lengan baju hingga ke siku .

Marilah berhijrah kerana kita sudah tidak banyak waktu .

Semoga aku dan kau boleh menjadi Bidadari yang tidak memandang dan tidak dipandang ..

Sayang , kau sangatlah berharga seandainya kau menghargai keistimewaan dirimu ....

Aku mencintai kalian kerana ALLAH , 
salam sayang Sahabat ๐Ÿ’ž

Tinggalkan Pulau Itu ...

*PROFESOR HAMKA: TINGGALKAN PULAU ITU...*

Prof. Hamka menulis dalam bukunya, 'Tasauf Moden', sebagai berikut:

Adapun manusia hidup di dunia ini ibarat orang belayar di lautan luas. Mereka menumpang sebuah kapal menuju daratan yang jauh di sana. Setelah berhari-hari di laut, sedangkan daratan yang dituju itu belum juga nampak, maka pada suatu hari kapal itu singgah pada satu pulau. Adapun orang yang turun ke pulau ini terbahagi tiga golongan.

Yang *pertama*, mereka tahu dan ingat bahawa mereka dalam perjalanan. Setelah melihat-lihat sebentar, lantas mereka kembali ke kapal. Mereka ingat bahawa bukan pulau inilah yang menjadi tujuan.

Golongan *kedua*, mereka terpengaruh oleh keindahan pulau. Pohon kelapa di pulau itu melambai-lambai ditiup angin, airnya jernih, ikannya jinak. Mereka terpegun dan terlena, tetapi kemudian mereka ingat bahawa mereka dalam perjalanan. Maka mereka kembali ke kapal, tetapi kerana terlambat, tempat duduk sudah habis ditempati orang.

Adapun golongan *ketiga* inilah golongan yang malang. Setelah dibunyikan semboyan kapal yang pertama tidak mereka pedulikan, dibunyikan sekali lagi, tidak juga dipedulikan, dan berbunyi yang ketiga kali, kapal pun berangkat. Setelah jauh dipanggil tidak kembali lagi. Mereka inilah orang yang benar-benar malang.

Itulah perumpamaan antara kehidupan manusia, dunia dan akhirat. Dunia bagi orang-orang beriman ibarat tandas. Hanya sekadar keperluan. Tiada orang yang akan tidur di tandas, masak di tandas dan makan di tandas. Manusia lahir dengan kudrat ganjil. Sebelum lahir mereka tidak bercita-cita untuk hidup, dan setelah hidup tidak pula ingin mati. Itulah dia manusia.Kebanyakan manusia lupa akan tujuan, lupa bahawa hidup di dunia tidak akan lama, bahawa hidup ini akan di akhiri dengan kematian.

Tinggalkan pulau itu, semboyan dah berbunyi tapi kamu masih di situ...

Hembusan Allah

Pernah tak suatu masa, ketika kita susah nak bangun subuh, satu hari kita terbangun di tengah pagi sebelum subuh dan rasa segar bugar? 

Atau alarm yang kita set banyak kali tak berjaya kejutkan kita tapi tiba tiba satu bunyi alarm dah berjaya sedarkan kita?

Contoh situasi lain , dalam life kita mesti pernah member datang minta tolong kan tapi hati rasa berat nak tolong, tapi bila ada sorang member ni minta tolong, mudah pula kita tolong.

Pernah terfikir tak kenapa semua ni terjadi?

Ketahuilah bahawa itu adalah cara Allah berkomunikasi dengan kita. Dalam ilmu tasawuf, ia dipanggil nafahฤt atau hembusan. 

Itu lah 'hembusan' dari Allah  hembusan hidayah Allah yang menggerakkan hati dan perasaan ke arah kebaikan.

Jika sebelum ini kita dapat merasa tetapi tidak dapat menjelaskan perasaan itu, maka ingatlah bahawa itu adalah hidayah yang Allah 'hembus' kan kepada hambaNya yang terpilih. 

Beruntung siapa yang dapat..

:')

*ONE BIG QUESTION*

_Apa yang kita buat sebagai tindakbalas kepada 'hembusan' itu?_

Bila terjaga di awal pagi?
Bila terdetik nak sedekah?
Bila hati rasa nak bantu?

Apa respon kita?

Bila terjaga di awal pagi? Hanya kebil kebil mata, check phone kemudian tarik selimut dan tidur semula???

Walhal kita yang mengharap agar dapat bangkit di awal pagi, dapat jaga di kala yang lain lena tidur untuk beribadat penuh pengharapan.. 

Bila diberikan peluang itu, apakah kita mengambilnya?

Ada yang mengadu susah bangun untuk tahajud dan sebagainya. 

Namun, once in a while kita terjaga sendirian di awal pagi... 

Tetapi hanya membiarkan peluang itu pergi.

Lalu ditanya, di mana hidayah??

Ingatlah, Allah ada cara tersendiri untuk memberikan hidayah. Hidayah tak semestinya datang dengan cara yang kita harapkan, Allah berhak beri hidayah melalui cara apa pun.

Di saat kita menyangka itu hanya perasaan biasa, namun itulah hidayah Allah *buat mereka yang menyedari*. Dan buat yang terleka ni... terlepas peluang!

:'))))

๏ปญَ๏ปฃَ๏บŽ ๏ป‡َ๏ป َ๏ปคْ๏ปจَٰ๏ปฌُ๏ปขْ ๏ปญَ๏ปŸَٰ๏ปœِ๏ปฆ ๏ป›َ๏บŽ๏ปงُ๏ปฎุง۟ ๏ปซُ๏ปขُ ูฑ๏ปŸ๏ปˆَّٰ๏ป ِ๏ปคِ๏ปด๏ปฆَ

Dan tidaklah kami menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri.

(Az-Zukhruf:76)

Benarlah Kalamullah, bahawa bukan Allah yang zalim, tetapi mereka yang ingkar itu yang menzalimi diri sendiri.

Allah sudah memberikan hembusan petunjuk melalui kehidupan sehari-hari, tetapi *kita*lah yang membutakan mata mentulikan telinga.

Maka, bila saja datang 'hembusan' itu, janganlah tahan atau buang saja. Tapi teruslah bangun... teruslah membantu.. teruslah sahut 'hembusan' itu. Kerana.. Ia mungkin tidak akan datang kembali buat kali kedua.

Dan yang lebih baik untuk kita adalah mencari sendiri 'hembusan' itu.

Bagaimana?

Dengan niat, doa dan amal soleh.

It might sound clichรจ yet it still hard to istiqomah right? 

Nak istiqomah niat lillahitaala
Nak istiqomah doa
Nak istiqomah amal soleh

Masih sukar.. tapi itulah kuncinya...

HambaNya yang berusaha untuk dekat padaNya, tak kan Dia nak tolak? Tak kan kita akan leka dan tak sedar hembusan petunjukNya?

The path of Allah is long, and we travel on it like turtles. And the goal is not to reach the end of the path, but the goal is to die upon the path of Allah.

In shaa Allah.

Wallahutaalaalam bishshawab wa ilaihi marjiul maab.

Monday 19 September 2016

Jom Lihat Jari Kita

Jom tengok sat jari2 kita ๐Ÿ–‘๐Ÿ–‘๐Ÿ–‘.
Cukup tak 5 + 5 ๐Ÿค— ?

1. Ada si gendut gemuk ๐Ÿ–’ yang selalu berkata baik dan menyanjung.

2. Ada telunjuk ☝ yang suka menunjuk dan memerintah.

3. Ada si hantu ๐Ÿ‘ป๐Ÿ‘ป๐Ÿ‘ป jari tengah yang sombong , paling panjang dan suka menghasut jari telunjuk.

4. Ada jari manis yang selalu menjadi teladan, baik, dan sabar sehingga sering diberi hadiah berbentuk cincin. ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ’

5. Dan ada kelingking yang lemah dan penurut perintah. ๐Ÿ‘Œ

Kawan...
Dengan perbezaan positif dan negatif yang dimiliki setiap jari, mereka bersatu untuk mencapai 1 tujuan iaitu =  saling melengkapi.

Pernahkah kita bayangkan bila tangan kita hanya terdiri dari si gemuk semua? ๐Ÿ–’๐Ÿ–’๐Ÿ–’

Falsafah ini sederhana namun maksudnya sangat bermakna.

Kita dilahirkan dengan segala perbezaan yang kita miliki dengan tujuan untuk bersatu :
✍saling menyayangi
✍saling menolong
✍saling membantu
✍saling melengkapi

Bukan untuk....
๐Ÿ–Žsaling menuduh,saling bergaduh
๐Ÿ–Žmenunjuk atau merosakkan

Semua perbezaan dari kita adalah keindahan yang dicipta agar kita rendah hati untuk  menghargai orang lain, 
tidak ada satu pun pekerjaan yang mampu kita lakukan bersendirian.

Mungkin kelebihan kita adalah kekurangan orang lain, 
sebaliknya...kelebihan orang lain pula adalah kekurangan kita.

Orang pintar boleh gagal,
Orang hebat juga boleh jatuh,

tetapi,

Orang yang meletakkan kerendahan hati dalam segala hal akan selalu mendapat kemuliaan.

Original :
Dakwatuna

Sunday 18 September 2016

*Mengapa Allah sebut mati dahulu sebelum hidup*


Dalam Al-Quran Allah berfirman:

Maksudnya:

"Tuhan yang menjadikan mati dan hidup supaya menguji manusia siapa di kalangan mereka itu yang baik amalannya." (Mulk: 2)Di sini ada dua perkara yang akan dihuraikan:

1.Tuhan jadikan mati dan hidup

2.Tuhan jadikan manusia di dunia untuk diuji, siapakah yang baik amalannya.

Kalaulah kita yang sebut ayat ini, bukan Tuhan yang menyebutnya tentu kita berfikir secara logik akal, kita akan sebut hidup dahulu baru mati. Memang kenyataannya kita hidup dahulu baru mati. Tapi Tuhan sebut mati dahulu baru sebut hidup. Tuhan tidak sebarangan menyebutnya, walau pun satu huruf ada maksud dan hikmah, ada nilai yang besar di sisi Tuhan. Secara lojik akal tentu kita berfikir, tidak kisahlah yang mana dahulu, hidup atau mati. Menurut lojik akal, kita tidak kira yang mana dahulu tapi Tuhan tidak begitu. Satu huruf pun yang Tuhan sebut ada maksud, tidak secara suka-suka.
Mengapakah Tuhan menyebut mati dahulu dan tidak memilih hidup dahulu baru mati. Ini menunjukkan Tuhan hendak tarik perhatian manusia supaya kita memandang besar perkara mati, lebih daripada soal hidup. Mengapa? Sebab hidup di dunia hanya sementara. Hidup di Akhirat selama-lamanya kekal abadi. Hidup di dunia, sudahlah tidak lama, masa yang ada pun hanya sekejap sangat.
Cuba kita analisa tempoh hidup kita di dunia. Kita tidak usah fikirlah masa dalam kandungan, bayi, kanak-kanak dan sebelum baligh, itu tidak ada erti apa-apa. Kehidupan seorang manusia itu sejak lahir sahaja hingga menjelang baligh, tidak ada erti apa-apa. Sebab masa itu manusia tidak ada kebebasan, hidupnya betul-betul bergantung pada ibu dan ayahnya. Sebahagian masa kita sedar, sebahagiannya tidak. Sejak waktu bayi sampai usia lima tahun kita tidak sedar. Dari lima tahun hingga baligh baru sedar, itupun tidak indah, keadaannya terkongkong oleh ibu dan ayah. Masa yang kita hendak ambil kira ialah sejak mula baligh, secara puratanya umur 12 tahun.

Kita akan kira dari umur kita 12 tahun. Paling lama berapa tahun manusia hidup? Katalah hidupnya 100 tahun. Jadi hidup prime time kita kira 100 kurang 12 tahun, iaitu 88 tahun. Tapi katalah dari umur 80 hingga 100 tahun sudah nyanyuk, jadi 20 tahun itu sudah tidak di kira. Kita tolak lagi 88 dengan 20, jadi tinggal 68 tahun sahaja. Hidup selama 68 tahun itu pun jarang dapat, mungkin dalam 1000 orang, seorang sahaja. Tapi pada umumnya, panjang masa manusia dapat hidup adalah sekitar 40 hingga 50 tahun sahaja masa primanya, setelah itu mati. Jadi kita hendak bahaskan masa yang 50 tahun
Di sini Tuhan hendak mengambil perhatian kita supaya besarkan Akhirat. Walaupun kita hidup istimewa, sejak lahir sahaja sudah berada dalam kekayaan, 50 tahun hidup dalam kekayaan. Nampak hebatlah, rumah besar, makan besar, pangkat besar dan di besar-besarkan orang sampai ke mati. Kalau dalam masa 50 tahun ini, kita tidak ikut disiplin Tuhan, dalam masa itu diuji oleh Tuhan 50 tahun hidup istimewa, lepas itu kena hidup dalam Neraka selama-lamanya. Bila kita gagal berhadapan dengan ujian Tuhan walaupun hidup istimewa, tapi kita akan berhadapan dengan 4 penderitaan.
1. Penderitaan sewaktu mati

Mati ini kita tidak boleh ukur pada pandangan lahir semata-mata. Kalau di ukur secara lahir, kadang-kala orang berkata, "Si Fulan itu nampaknya senang matinya, bagus matinya, nampak elok sahaja, mudah sahaja," itu kata kita yang menilai lahirnya sahaja sedangkan di waktu itu dia sudah berada di alam lain, bukan di alam kita. Kita tidak uboleh mengukur alam syahadah dengan alam lain. Penderitaan yang dihadapi oleh orang yang hendak mati bukan kita tahu.
Rasulullah SAW pernah berkata bahawa orang yang mati dalam penderitaan itu ada tanda-tandanya, di antaranya ialah:
- mata terbeliak
- telinga kembang
- berbunyi macam kerbau berdengkur
senang, dilayan istimewa, tidak pernah susah hanya sekitar 50 tahun, tapi selepas itu tetap tidak akan 

terlepas daripada penderitaan mati. Itu nisbah seorang yang kaya raya, kita tidak cakap tentang orang 

biasa, yang kadangkala susah, kadangkala senang hidupnya. Ini kita cakap tentang orang yang 50 tahun hidup dengan penuh istimewa sungguh, dunianya syurga, tidak pernah sakit, tidak pernah susah tidak pernah orang kata, tidak pernah orang hasad dengki. Tapi bila gagal menjalani ujian Tuhan, selepas itu yang pertama dihadapi adalah penderitaan mati.


Hadis juga ada menceritakan sakit mati itu bagaikan 300 tetakan pedang. Bayangkan kalau sekali orang sembelih kita, walaupun kita tidak pernah alami, tentu terasa sakitnya, sedangkan sakit mati itu ialah 300 kali ganda. Walaupun nampak macam sekejap sahaja hilang nyawa tapi sebenarnya macam dapat 300 tetakan.
2. Penderitaan di alam kubur

Sewaktu di tanam, Hadis mengatakan, apabila orang yang mengiringi jenazah sudah balik, setelah tujuh langkah bermulalah penderitaan kubur. Pertama kejahatan kita itu dilembagakan. Kerana busuknya kalaulah tercium, orang di dunia boleh mati, bahkan akan mati makhluk seluruh dunia. Kemudian orang yang mati itu akan bertanya, "Kau siapa?" Lembaga itu akan menjawab, "Aku ini kejahatan engkau." Lepas itu barulah malaikat datang, bertanya pula, bila tidak dapat jawab, disebat hingga terperosok ke dalam tanah 70 hasta, setiap kali ditanya dan tidak boleh jawab malaikat akan sebat dan terperosok lagi sampailah kiamat, apakah mampu menanggung azab itu?

3. Penderitaan Padang Mahsyar

Antara penderitaan Padang Mahsyar, bagi orang jahat, matahari berada di atas ubun-ubun. Kerana banyaknya manusia di Padang Mahsyar, dalam Quran diceritakan betis-betis bertindih macam rokok dalam kotaknya, rapat, padat, ketat. Tuhan biarkan beratus tahun dalam keadaan begitu hingga peluh 
keluar dan manusia tenggelam dalam peluhnya. Sanggupkah?

4. Penderitaan Neraka




Penderitaan paling dahsyat adalah Neraka. Manusia nanti kena meniti Siratal Mustaqim. Orang yang 
jahat akan jatuh ke Neraka. Penderitaan Neraka di antaranya; kaki dengan tangan diikat, dicantum 
pada tengkok dan dibelenggu. Api membakar, menyala, panasnya 90 kali ganda api yang ada di dunia. Api yang paling kuat di dunia dianggap satu, di Neraka ditambah power 90 kali ganda lagi panas, apakah larat? Disebat setiap hari oleh malaikat, bila lapar diberi makan zakum, iaitu bara api Neraka. Apakah larat? Bagi orang kafir, kekal selamanya dalam Neraka, bagi orang Islam yang buat dosa, tidak kekal, tapi mungkin sejuta tahun, 3000 tahun, seribu tahun. Apakah larat?

Jadi orang yang waktu hidup di dunia tidak ikut disiplin Tuhan kemudian dia tidak tahan diuji Tuhan, maka ada empat penderitaan tadi yang akan ditempuh. Oleh itu kalaulah orang tahu hakikat ini, maka kerana Tuhan, susah di dunia pun tidak mengapa. Kesusahan 50 tahun di dunia tidak sama dengan susah yang empat jenis tadi itu. Di dunia ujian paling susah mungkin kena langgar kereta dan mati, jatuh ke laut, mati lemas, sakit kuat lalu mati. Tapi tidaklah tersiksa sangat berbanding dengan kesusahan di Akhirat nanti. Sebab itulah tidak pelik mengapa Tuhan sebut tentang Akhirat dahulu baru dunia.
Cuba kita lihat realiti yang berlaku hari ini, bila disebut antara dunia dan Akhirat, manusia lebih cenderung untuk memikirkan tentang yang dekat iaitu dunia berbanding Akhirat yang jauh. Lebih mengambil berat tentang dunia berbanding Akhirat. Ertinya kalau nisbah dunia dan Akhirat kita fikir yang dekat iaitu dunia. Tapi kalau di antara dunia dengan dunia kita tidak fikir yang dekat, kita fikir jauh. Di dunia seseorang itu akan fikir untuk masa depannya, sanggup belajar jauh di luar negara, jual tanah, jual aset, dan berfikir biar susah dahulu asalkan senang kemudian.

Nisbah kehidupan di dunia, manusia cenderung untuk fikir yang jauh, tidak fikir yang dekat, tapi nisbah Akhirat dia tidak fikir yang jauh, padahal itu lagi berat. Akhirat lagi utama kerana ia kekal selama-lamanya. Untuk masa depan di dunia orang sanggup susah payah belajar, ambil PhD di Amerika, pinjam duit merata-rata, tapi tidak mengapa susah dahulu, nanti senang kemudian. Pandai 
pula berfikir susah dahulu senang kemudian. Mengapa tidak buat untuk Akhirat begitu?
Penderitaan dunia dan Akhirat itu jauh bezanya. Nisbah penderitaan dunia dengan Akhirat, susah di 

dunia ini macam digigit nyamuk, manakala di Akhirat macam dibaham singa. Walaupun sebenarnya 
kadarnya bukan sebegitu tapi itu sahaja yang boleh kita cuba bandingkan. Yang kita takut sangat nyamuk gigit sampai sanggup ambil risiko dibaham singa mengapa? Sebenarnya bandingannya entah 
berapa ribu kali ganda.

Nikmat dunia ini apalah sangat? Nisbah makan, apa yang paling sedap? Katalah durian. Lepas makan durian ke mana? Tak ke istana tapi ke tandas. Tapi nisbah makanan di Akhirat, katalah kita makan epal, kita gigit kali pertama, lain rasanya, gigit lagi kali ke dua sudah lain pula rasa, bertambah sedap, bertambah sedap lagi, sudahlah bertambah sedap, tidak sakit perut, tidak ke tandas selepas itu. Tapi orang tidak nampak itu semua, orang nampak durian di dunia, tidak nampak durian di Akhirat. Katalah ada 100 jenis buah, dalam sekelip mata boleh makan 100 jenis itu. Tidak sakit perut, tidak ke tandas! Betapa indahnya Akhirat!

Di Syurga, orang yang paling lemah iman dapat 50 bandar, bukan bandar macam Kuala Lumpur atau New York, tapi tidak dapat digambarkan keindahannya. Kalau di dunia, katalah orang hadiah kita 50 bandar macam Kuala Lumpur, itu malah menyusahkan. Yang kedua, bolehkah lawat semua? Hari ini secara detail kita tidak boleh melawat semua. Tidak mampu. Kalau mampu pun tentu letih, jemu, fed-up, apa indahnya lagi? Sedangkan di Akhirat, teringat sahaja sesuatu, tidak sampai seminit semua dapat lihat. Yang imannya lebih tinggi lagi banyak dapat bandar. Bila mahu melawat dalam sekelip mata boleh lawat semua. Ingat sahaja, katalah kita ingat sesuatu di New York, niat sahaja sudah sampai. Teringat sesuatu di Kuala Lumpur, niat sahaja sudah sampai. Katalah hendak lawat dengan kapal terbang, kapal terbang tidak jatuh. Kalau kita minta dijatuhkan sedap pula dijatuhkannya. Tak takut.

Kalau isteri, ada seribu, 2000, 3000, di antaranya bidadari. Walaupun bidadari istimewa, isteri kita besok ketua isteri-isteri, kalau isteri kita masuk Syurga sama. Kalau tidak masuk Syurga sama, habislah. Jadi ketua isteri itu isteri kita yang solehah. Di Syurga kehidupannya tidak pernah bergaduh, berkasih sayang sepanjang masa. Teringat gaduh pun tak. Tenggelam dalam nikmat dan tidak jemu.

Di Akhirat penderitaannya dahsyat, nikmatnya pun dahsyat, sebab itu Tuhan sebut mati dahulu.
Sebab is besar, sedangkan dunia kecil tidak ada harga. Sebab itu di sisi Tuhan dunia ini kalau ada nilai setakat sebelah sayap nyamuk, dan orang jahat tidak akan dapat apa-apa.
Kerana dunia ini tiada nilai di sisi Tuhan, maka orang jahat diberi banyak, siapa paling jahat dapat lebih banyak, yang baik-baik, makin tidak dapat. Macam Rasul-rasul, Tuhan tidak bagi kekasih-Nya perkara yang tidak ada nilai. Dunia ini untuk orang jahat, sila ambil. Untuk para kekasih Tuhan, Tuhan berkata: "Engkau kekasih-Ku, Aku hendak simpan di Syurga."

Setelah kita buat perbandingan dunia Akhirat, munasabahlah Tuhan sebut mati dahulu sebelum Akhirat.
Sekian sahaja usrah pada malam ni. Muhasabah diri kita. Dunia ni sementara, kehidupan sebenar di akhirat. Kita akhiri usrah dengan siratul asr dan selawat ke atas baginda. Allahualam.

MUHASABAH SEBELUM TIDUR


  1. ๐Ÿ’Ÿ MUHASABAH
  2.        SEBELUM TIDOR ๐Ÿ’Ÿ

  3. 1. “Berbaik sangka terhadap Allah termasuk ibadah yang baik” [H.R. Abu Dawud]

  4. 2. Sebelum menunaikan haknya tubuh, saat tubuh rebah, jangan lupa untuk bermuhasabah diri sahabat fillah

  5. 3. Ingat2 kembali hal apa yang sudah kita lakukan hari ini, lebih banyak hal yang bermanfaatkah atau hal yang banyak menimbulkan mudharat?

  6. 4. Sebelum melangkah ketempat tidur, jangan lupa untuk bersuci..

  7. 5. Niatkan dalam hati untuk bangun disepertiga malam

  8. 6. Jangan lupa witir+Al-Mulk nya jangan sampai ketinggalan

  9. 7. dan selalulah berprasangka baik terhadap Allah bahwa Allah akan selalu melindungimu sekalipun kau tak pernah minta untuk dilindungi.

  10. 8. Sebab Allah adalah sebaik-baik pelindung.

  11. 9. Berdoa semoga Allah masih mengizinkan kita untuk menikmati dan melakukan banyak hal yang bermanfaat untuk hari esok..

  12. 10. jangan lupa juga doakan kebaikan untuk kedua orangtua, teman2, dan orang2 yang kita kenal yang kita sayangi karena-Nya

  13. “Bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, apabila mulai berbaring di tempat tidurnya membaca: “Allaahumma Bismika Ahyaa waamuutu” (Ya Allah, dengan Nama-Mu, aku hidup dan dengan nama-Mu aku mati). Dan apabila bangun, beliau membaca: “Alhamdulillaahil Ladzii Ahyaanaa Ba’da Maa Amaatanaa Wailaihin Nusyuur” (Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami kembali setelah mematikan kami dan kepada-Nya (kami) akan dibangkitkan).” (Hadis Riwayat Muslim)

  14. Alhamdulillah posting malam yang sangat singkat SELESAI SUDAH~ semoga bermanfaat .

  15. ๐Ÿ’ŸIngat Allah hati jadi tenang 

  16. ๐Ÿ’Ÿ Istiqamah dalam Ibadat.
  17. ๐Ÿ’ŸIslam itu Indah ๐Ÿ’Ÿ

Saturday 17 September 2016

WANITA

WANITA, AKAL SENIPIS RAMBUTNYA ๐Ÿ˜ญ

Jangankan lelaki biasa, nabi pun terasa sunyi tanpa wanita . Tanpa mereka , fikiran dan perasaan lelaki akan resah . 

Masih mencari walau ada segalanya . Apa yang tiada dalam syurga ? Namun Adam tetap rindukan Hawa .

Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok . Untuk diluruskan oleh lelaki.

Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus , mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus .

Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah , kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah . 

Didiklah mereka dengan panduan darinya . Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta , kerana nantinya mereka semakin liar . 

Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan , kerana nantinya mereka akan semakin derita . 
Kenalkan mereka kepada Allah , zat yang kekal . Di situlah punca kekuatan dunia . 

Akal senipis rambutnya , tebalkanlah ia dengan ilmu . Hati serapuh kaca , kuatkanlah ia dengan iman . Perasaan selembut sutera , hiasilah ia dengan akhlak . Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya , mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rab . Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan . Ia bukan diskriminasi Allah , sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah . Wanita yang lupa hakikat kejadiannya , pasti tidak akan terhibur , dan tidak akan menghiburkan . 

Tanpa iman , ilmu dan akhlak mereka tidak akan lurus . Bahkan akan semakin membengkok . Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbnya . Bila wanita menjadi derhaka , pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara . 

Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata . Tapi binalah kepimpinan . Pastikan sebelum wanita menuju ilahi , pimpinlah diri kepadaNya . Jinakkan diri kepada Allah . Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu . 

Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra' , seandainya dirimu tidak sehebat Saidina Ali karamallahuwajhah .

(Maulana Usamah Marvellous)

#KasturiUmmah 


@DakwahQalbi

Tuesday 13 September 2016

PESAN IMAM AL GHAZALI ...

๐Ÿ‘ฆJika berjumpa dengan kanak-kanak 
– bahawa kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita, kerana kanak-kanak ini belum banyak melakukan dosa daripada kita.

๐Ÿ‘ดApabila bertemu dengan orang tua 
– bahawa dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat.

๐Ÿ•‹ Jika berjumpa dengan orang alim 
– dia lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang telah mereka pelajari dan ketahui.

๐Ÿ™ŽApabila melihat orang jahil 
– mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka membuat dosa dalam kejahilan, sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui.

๐Ÿ•ตJika melihat orang jahat, 
- jangan anggap kita lebih mulia kerana mungkin satu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahannya.

Original : 
Dakwatuna ✏

BELAJAR UNTUK MELENGKAPI

Jom tengok sat jari2 kita ๐Ÿ–‘๐Ÿ–‘๐Ÿ–‘.
Cukup tak 5 + 5 ๐Ÿค— ?

1. Ada si gendut gemuk ๐Ÿ–’ yang selalu berkata baik dan menyanjung.

2. Ada telunjuk ☝ yang suka menunjuk dan memerintah.

3. Ada si hantu ๐Ÿ‘ป๐Ÿ‘ป๐Ÿ‘ป jari tengah yang sombong , paling panjang dan suka menghasut jari telunjuk.

4. Ada jari manis yang selalu menjadi teladan, baik, dan sabar sehingga sering diberi hadiah berbentuk cincin. ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ’

5. Dan ada kelingking yang lemah dan penurut perintah. ๐Ÿ‘Œ

Kawan...
Dengan perbezaan positif dan negatif yang dimiliki setiap jari, mereka bersatu untuk mencapai 1 tujuan iaitu =  saling melengkapi.

Pernahkah kita bayangkan bila tangan kita hanya terdiri dari si gemuk semua? ๐Ÿ–’๐Ÿ–’๐Ÿ–’

Falsafah ini sederhana namun maksudnya sangat bermakna.

Kita dilahirkan dengan segala perbezaan yang kita miliki dengan tujuan untuk bersatu :
✍saling menyayangi
✍saling menolong
✍saling membantu
✍saling melengkapi

Bukan untuk....
๐Ÿ–Žsaling menuduh,saling bergaduh
๐Ÿ–Žmenunjuk atau merosakkan

Semua perbezaan dari kita adalah keindahan yang dicipta agar kita rendah hati untuk  menghargai orang lain, 
tidak ada satu pun pekerjaan yang mampu kita lakukan bersendirian.

Mungkin kelebihan kita adalah kekurangan orang lain, 
sebaliknya...kelebihan orang lain pula adalah kekurangan kita.

Orang pintar boleh gagal,
Orang hebat juga boleh jatuh,

tetapi,

Orang yang meletakkan kerendahan hati dalam segala hal akan selalu mendapat kemuliaan.

Original :
Dakwatuna