BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday 17 September 2016

WANITA

WANITA, AKAL SENIPIS RAMBUTNYA 😭

Jangankan lelaki biasa, nabi pun terasa sunyi tanpa wanita . Tanpa mereka , fikiran dan perasaan lelaki akan resah . 

Masih mencari walau ada segalanya . Apa yang tiada dalam syurga ? Namun Adam tetap rindukan Hawa .

Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok . Untuk diluruskan oleh lelaki.

Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus , mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus .

Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah , kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah . 

Didiklah mereka dengan panduan darinya . Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta , kerana nantinya mereka semakin liar . 

Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan , kerana nantinya mereka akan semakin derita . 
Kenalkan mereka kepada Allah , zat yang kekal . Di situlah punca kekuatan dunia . 

Akal senipis rambutnya , tebalkanlah ia dengan ilmu . Hati serapuh kaca , kuatkanlah ia dengan iman . Perasaan selembut sutera , hiasilah ia dengan akhlak . Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya , mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rab . Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan . Ia bukan diskriminasi Allah , sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah . Wanita yang lupa hakikat kejadiannya , pasti tidak akan terhibur , dan tidak akan menghiburkan . 

Tanpa iman , ilmu dan akhlak mereka tidak akan lurus . Bahkan akan semakin membengkok . Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbnya . Bila wanita menjadi derhaka , pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara . 

Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata . Tapi binalah kepimpinan . Pastikan sebelum wanita menuju ilahi , pimpinlah diri kepadaNya . Jinakkan diri kepada Allah . Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu . 

Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra' , seandainya dirimu tidak sehebat Saidina Ali karamallahuwajhah .

(Maulana Usamah Marvellous)

#KasturiUmmah 


@DakwahQalbi

0 comments: