BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday 13 September 2016

PESAN IMAM AL GHAZALI ...

👦Jika berjumpa dengan kanak-kanak 
– bahawa kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita, kerana kanak-kanak ini belum banyak melakukan dosa daripada kita.

👴Apabila bertemu dengan orang tua 
– bahawa dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat.

🕋 Jika berjumpa dengan orang alim 
– dia lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang telah mereka pelajari dan ketahui.

🙎Apabila melihat orang jahil 
– mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka membuat dosa dalam kejahilan, sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui.

🕵Jika melihat orang jahat, 
- jangan anggap kita lebih mulia kerana mungkin satu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahannya.

Original : 
Dakwatuna ✏

0 comments: