BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday 16 August 2016

Ada Orang ...


  1. *Ada orang, dia tak suka melihat orang yang dia tak suka itu bahagia. Dia nak tengok orang itu jatuh dalam diam diam dan hatinya tersenyum, gembira.*
  2. .
  3. *Ada orang, tidak mengapalah apa yang orang nak buat pada dia pun dia tak kisah sebab dia tahu kejahatan pasti akan dibalas dengan kejahatan. Janji yang membalas bukan dia tapi, Allah.*
  4. .
  5. *Ada orang,dia minta pada Allah sungguh sungguh seorang sahabat yang boleh faham dirinya tapi Allah bagi musuh padanya. Musuh yang akhirnya bertukar menjadi sahabat baiknya. Rupanya Allah nak dia bawa musuhnya itu dalam kebaikan dan jauh dari kancah kenerakaan.*
  6. .
  7. *Ada orang, nak sangat kahwin dengan orang yang dia suka, tapi Allah tak bagi sebab Allah tahu agama dia kurang jadi Allah bagi orang yang beragama untuk bimbing dia bukan sahaja di dunia tapi, di akhirat.*
  8. .
  9. *Ada orang, solat terkontang kanting pun still Allah bagi dia nikmat. Rezeki mencurah curah. Tapi dia lupa, yang bagi semua itu Pencipta dia. Pemberi segala nikmat dia. Dia lupa.*
  10. .
  11. *Walau apa pun jadi, berhenti mempertikaikan apa yang Allah bagi. Tuhan tahu yang itulah yang mampu menjamin kebahagiaan untuk dia seluruh kehidupan dunia sampai dia di akhirat.*
  12. .
  13. *Bukan Allah takbagi. Tapi Allah tahu itu yang tak sesuai untuk dia. Allah itu tak bagi apa yang dia mahu, tapi apa yang dia perlu.*

  14. #KasturiUmmah


  15. @DakwahQalbi

0 comments: