BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday 31 July 2016

TANDA TAUBAT YANG DITERIMA

Kata Wali Ghouts ,Quthubbudda' Wah Wal Irsyad, 
Imam Mujaddid lagi Mujtahid ,syeikhul Islam  Imamul Haddad Rahimahullah 
dalam karyanya Risalatul Mu'awanah(saya susunkan  dengan maknanya)

Bagi Orang taubat itu ada beberapa tandanya,alamatnya.
sebahagian daripada alamatnya ialah :

1) Hatinya lembut.

2) Banyak menangis(yakni menangis  kerana pecah hatinya, 
malu selama ini lalai kpd Allah walhal diri itu hamba Allah) 

3) Meninggalkan rakan rakannya yang jahat(yakni bukan 
kerana rasa diri lebih baik,lebih suci murni tapi kerana rasa 
diri lemah sangat dengan suasana kegelapan maksiat yang 
jadi sebab menjauhkan dia daripada Allah) 

4) Dia Melazimi,selalu  mengikuti syara'(yakni niatnya,
perbuatannya,lisanya mengikuti syara') 
5) Meninggalkan tempat  tempat  yang menyalahi syara' 
(Tempat tempat  maksiat,tempat melalaikan daripada Allah)


Wallahua'lam. 

0 comments: