BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday 21 April 2017

Cinta & Kejujuran

Sesungguhnya sepercik kejujuran lebih berharga dari sebongkah cinta.                                             Apa erti sebongkah cinta kalau dibangun diatas kebohongan?
Pasti rapuh bukan.. ?

Betapa indahnya apabila kejujuran dan cinta ada pada diri seseorang.

Beruntunglah anda yang memiliki kejujuran dan ketulusan cinta..

🌹Ibnu Hashim🌹

Wednesday 11 January 2017

Doaku di Hari Lahir ini 🎂🎂🎂

Seuntai Doa dan Harapan
... tika ada rasa berdetik di sudut hati mengharapkan kasih SayangNya.

Puji dan syukur ku panjatkan kepadaMu ya Allah kerana sampai saat ini Engkau masih memberikanku kesempatan untuk bernafas dan menghela udara segar di bumiMu yang indah ini. Dengan penuh kesedaran aku mengakui bahwa dengan bertambahnya usiaku bererti Engkau memberi aku peluang utk muhasabah diri dan menilai sejauhmana pengabdianku terhadapMu. Namun kuakui bahawa aku adalah kalangan mereka yg sering melupakanMu.. Kdgkala aku tersasar dlm mentafsir apa yg Engkau anugerahkan dan apa yg Engkau ujikan terhadapku sama ada yg aku sukai atau yg mendukacitakan diriku. Aku cuba memupuk dan membina rasa dgn meyakini segala yg berlaku dlm perjalanan kehidupanku ini adalah kerana Engkau sebenarnya punya rencana yang amat baik demi membimbingku ke jalan yang Engkau redhai.

Dalam detik perjalanan waktu yang menginjak ke usia sebegini, Jadikanlah hambaMu ini yang stiasa  mentaatimu, khusyuk dan tawadhu dalam menjalani kehidupan serta menerima setiap hikmah dan berkahMu. Didiklah diriku agar mampu menilaitafsir suara2 tarbiah disebalik ujian dan dugaanMu terhadap diri ini. Hari ini. . secara zahirnya bertambah usia dalam hitunganku dgn bertambahnya tahun kehidupanku namun hakikatnya akan berkurangan pula usiaku dalam hitunganMu.

Ya Allah satu keinginanku di hari ulang tahun kelahiranku ini adalah agar selalu mampu membahagiakan mereka yang aku sayangi dan selalu dalam jalan yang Engkau redhai.
 Ya Allah berikanlah petunjuk kepadaku agar aku selalu menjadi hamba yang kuat, sabar dan ikhlas dalam menghadapi kehidupan ini, dan bimbingkanlah diri ini agar selalu menjadi peribadi yang bijaksana dalam menghadapi segala persoalan di dunia yg fana ini.

Mudah2an aku mampu memanfaatkan sisa usiaku dengan sebaik  mungkin dengan kebaikan-kebaikan dalam berbagai bentuk. Ya Allah, dengan penuh harap aku memohon semoga Engkau meredhai setiap hembusan dan helaan nafasku, detakan nadi dan jantungku, desir rasaku, kejapan mataku, langkah kakiku dan setiap tindakan dari setiap anggota badanku dan pancainderaku.

Ya Allah… Ya Rahman,
Tiba juga diriku pada usia sekarang ini
Di mana pada hari ini, aku harus menjadi lebih bijaksana, menjadi teladan bagi orang lain khususnya yg mereka yg ku sayangi.
Di mana pada hari ini, aku harus menjadi lebih dekat denganMu Ya Rabb…

Ya Allah… Ya Rahman, jika Engkau menambahkan usiaku ini..
Panjangkanlah usiaku, dlm keadaan hidupku  lebih bermanfaat bagi orang lain
Panjangkanlah usiaku, dalam keadaan aku lebih  memandang hidup ini dengan penuh makna dalam kebesaranMu
Panjangkanlah usiaku, dalam keadaan aku mampu membimbing keluargaku untuk lebih berusaha berbakti kepadaMu
Panjangkanlah usiaku, dalam keadaan aku lebih  bersyukur atas segala rezeki serta nikmat yang Engkau anugerahkan kepadaku Ya Rabb…

Ya Allah… Ya Rahman,
Aku sangat percaya bahwa Engkau akan selalu memberikan yang terbaik buatku, buat orang tuaku, keluargaku, serta semua sahabat-sahabatku, yang selalu peduli terhadapku.
Hanya padaMu lah aku sentiasa mengabdi dan memohon pertolongan.
Ya Allah… Engkau Maha Pengasih dan penyayang , dengarilah dan perkenankanlah doaku ini, Amiin.

Wednesday 9 November 2016

🌹AKU DAN HATI

Aku Dan HATI:
Tazkirah Harian 17 Muharram 1438H

Mahal Saat Diperlukan.

Air sangat penting dalam kehidupan manusia.Kita tidak dapat hidup tanpa air.Dengan kasih sayang dan rahmat Allah kepada manusia,Allah menjadikan air dalam kuantiti yang sangat banyak.Pada masa ini,apalah harga segelas air? Sangat murah.Jika ada yang meminta,kita bersedia memberinya percuma. 

Namun mari kita bayangkan satu situasi. Apabila seluruh dunia mengalami kemarau hingga air sangat sukar diperolehi.Ketika semua manusia kehausan,harga segelas air menjadi lebih mahal daripada petrol. Bahkan semakin manusia memerlukannya,semakin tinggi harga air tersebut.
Segelas air yang sangat murah menjadi mahal apabila diperlukan.Begitu juga amal ibadah kita seperti solat,zakat,sedekah, haji dan lain-lain.
Pada masa itu kita belum menyedari harga amal ibadah kita sebab kita belum memerlukannya. Kita masih hidup dalam dunia yang mengagungkan kebendaan. Semua diukur dengan harta,jawapan,populariti dan kuasa.Justeru, siapa yang memiliki salah satu daripadanya akan dipandang tinggi dan dihormati.

Namun apabila kita meninggalkan dunia,lalu berpindah ke alam akhirat,pada saat itu kita tersedar bahawa kayu ukur dunia tidak lagi digunakan.Hamba dunia akan menggigit jari dan berkata dengan penuh penyesalan;"Tidak berguna lagi hartaku,telah binasalah kekuasaanku."
Pada masa yang sama,amal kebaikan yang sebelumnya sangat murah menjadi sangat mahal. Semua orang memerlukan amal kebaikan untuk menyelamatkannya daripada neraka. Pada hari itu,orang yang paling terhormat bukan lagi orang yang banyak hartanya,akan tetapi orang yang paling baik amalannya.

Wallahu A'lam
Semoga bermanfaat 👌💚

🌸ANTARA SEBAB AMALAN TIDAK DITERIMA DI SETIAP LAPISAN LANGIT🌸

ANTARA SEBAB-SEBAB AMALAN KITA TIDAK DITERIMA DI SETIAP LAPISAN LANGIT

1. Lapisan Langit Pertama: Mengumpat.
2. Lapisan Langit Ke-2 : Amalan untuk keuntungan dunia semata-mata.
3. Lapisan Langit Ke-3 : Sombong atau Takabbur.
4. Lapisan Langit Ke-4 : Ujub.
5. Lapisan Langit Ke-5 : Dengki.
6. Lapisan Langit Ke-6 : Tidak berbelas kasihan kepada orang lain.
7. Lapisan Langit Ke-7 : Riak.

Menurut Imam Al-Ghazali, riak boleh berlaku dalam 12 perkara iaitu:

1. Riak dalam ibadat.
2. Riak dalam ilmu.
3. Riak dalam amalan.
4. Riak dalam kata-kata.
5. Riak bila berzuhud.
6. Riak dengan harta.
7. Riak kerana pangkat.
8. Riak dengan pencapaian.
9. Riak dengan kebolehan.
10. Riak dengan kecantikan tubuh badan.
11. Riak dengan suara yang lunak merdu.
12. Riak dengan kumpulan yang disertai.

Akhir sekali, apabila amalan yang dihadapkan kepada Allah melepasi kesemua 7 lapisan langit, ada satu lagi sebab mengapa amalan kita ditolak oleh Allah SWT. Sebab amalan kita ditolak setelah melepasi 7 lapisan langit ialah amalan yang tidak disertai keikhlasan.

 - Petikan hadis daripada Muaz bin Jabal.

Muhasabah diri.😔

🌹NAFSU

Nafsu
🍃🍃🍃🍃🍃🍃
Nafsu ialah organ rohani manusia yang memiliki pengaruh paling banyak dan paling besar di antara anggota rohani yang lain. Nafsu mengeluarkan arahan kepada anggota jasmani untuk melakukan sesuatu tindakan.
.
Pembahagian nafsu secara umumnya boleh dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu:
.
– 7 peringkat yang ditempuh oleh diri atau nafsu manusia
– 10 rupa nafsu yang menggambarkan jiwa atau sifat tercela yang ada pada manusia.
.
Artikel ini akan menghuraikan secara ringkas 10 rupa nafsu (jiwa/sifat tercela) yang ada dalam diri manusia, yang perlu dijinakkan atau dihapuskan/dihindari.
.
(1) Nafsu kalbiyah 
– Sifat anjing
– yang kewujudannya antara lain suka memonopoli
.
(2) Nafsu himariyah
– Jiwa keldai
– yang pandai memikul namun tidak mengerti sedikit pun apa yang dipikulnya
– dengan kata lain, ia tidak memahami masalah
.
(3) Nafsu sabu’iyah
– Jiwa serigala
– suka-suka menyakiti atau menganiaya orang lain dengan cara apa pun
.
(4) Nafsu fa’riyah
– Hati tikus
– sebangsa merosak, atau semacamnya
.
(5) Nafsu dzatis-suhumi wa hamati wal-hayati wal-aqrabi
-Jiwa binatang penyengat
– berupa sebagai ular dan kala jengking
– senang menyindir-nyindir orang, menyakiti hati orang, dengki, dendam, dan sepertinya
.
(6) Nafsu khinziriyah
– Sifat babi
– suka kepada yang kotor, busuk, hapak, dan yang menjijikkan
.
(7) Nafsu thusiyah
– Nafsu merak
– antara lain suka menyombongkan diri, suka beraksi, berlagak, busung dada, dan sebagainya
.
(8) Nafsu jamaliyah
– Nafsu unta
– tak punya rasa santun, kasih sayang, tidak bermasyarakat, tidak peduli kesusahan orang lain
– yang penting dirinya selamat dan untung
.
(9) Nafsu dubbiyah
– Jiwa beruang
– biarpun kuat dan gagah, tapi pendek akal dan dungu
.
(10) Nafsu qirdiyah
– Jiwa beruk
– diberi ia mengejek, tidak diberi ia mencebik
– sinis dan suka melecehkan/memandang ringan

☘PUISI UNTUK WANITA SOLEHAH☘

🌹Puisi Untuk Wanita Solehah🌹

Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini.

Keayuan wanita solehah itu,
tidak terletak pada kecantikan wajahnya,
Kemanisan wanita solehah,
tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu,
Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin,
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu,

Bukan dan tidak sama sekali,
Kepetahan wanita solehah,
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama.

Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam,
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek,
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai.

Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran,
kerana satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman,
Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat ilahi,

Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai,
kerana ada lagi manusia yang lebih berpegetahuan darimu,
Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,
kerana ada lagi insan yang lebih malang darimu,
Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya,
Bersyukurlah diatas apa yang ada,
Serta berusaha demi keluarga, bangsa dan agama.

🌹Salam perjuangan untuk sahabatku,
Wanita solehah.🌹

🌹"Wanita hiasan dunia, Seindah hiasan adalah wanita solehah"🌹
#copypaste

💕RINDU KASIH ILLAHI💕

💕🌹Bismillahirahmanirahim
.
💕🌹Sebaik baik kehidupan ini , adalah ketika :

Tenang tanpa sengketa ,
Tenteram tanpa dendam,
Ikhlas tanpa prasangka ,
.
💕🌹Kerana :

Dalam kelembutan hati ada ketulusan...
Dalam keindahan jiwa ada kesabaran..
Dalam lembutnya perasaan ada keperihatinan..
.
💕🌹Damai lah dengan saling memaafkan..
Sering mendoakan..
.
💕💕Rindu Kasih Ilahi..

Thursday 3 November 2016

🌸 5 KEADAAN ❤️ YANG BERCAHAYA

Maka ketahuilah temanku 5 keadaan hati yang bercahaya.....

Pertama :  hati akan bersinar dengan kesedihan kerana menyesal atas habisnya umur yang sia-sia tanpa amal yang bermanfaat.

Kedua :  hati akan bersinar dengan kesedihan kerana menyesal atas maksiat yang telah dikerjakan, sehingga hati menjadi takut kalau hal itu akan menghalangi diri dari masuk syurga Allah.

Ketiga : hati akan bersinar dengan kesedihan kerana menyesal atas tindakan mensia siakan hukum Allah dengan mengambil alih hukum-hukum buatan manusia.

Keempat : hati akan bersinar dengan kesedihan kerana menyesal atas terhinanya kaum muslimin kerana mereka telah dikuasai oleh orang-orang kafir.

Kelima : hati akan bersinar dengan kesedihan kerana menyesal atas perpecahan yang terjadi di tubuh para ulama @ para da'ie muslim kerana ego mereka yang hanya sibuk dengan urusan peribadi daripada memikirkan tujuan dakwah yang lebih utama. 

Rujukan: 
(Abdul Hamid Al-Bilali, Manhaj Tabi'in fi Tarbiyah An-Nafs)

SOLAT ... TAPI MASIH MELAKUKAN MAKSIAT

"Eh! Dia tu solat tak tinggal, tapi buat maksiat.."

Solat...tapi masih lakukan maksiat, masih buat dosa ??? 🤔🤔🤔

1. Cuba check balik kualiti wudhu' kita. Sempurna tak? 

2. Cuba check balik kualiti solat kita. Sempurna tak ? Ok tak ?

Allah berfirman dalam Al Quran ;

الصَّلَاةَ تَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ وَلَذِكْرُ اللَّهِ أَكْبَرُ وَاللَّهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ ( العنكبوت : 45)

“.....Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadat-ibadat yang lain). Dan Allah mengetahui apa yang kalian kerjakan.” (Al-‘Ankabuut: 45)

Jom tengok sat .... 
kenapa kita masih buat maksiat walau kita ni ' orang solat '.

Al-Fahsyaa’ (perbuatan-perbuatan keji):
seluruh dosa yang dianggap besar dan sangat buruk dan jiwa tertarik untuk melakukannya. 

Al-Munkar : 
adalah setiap maksiat yang diingkari oleh akal dan fitrah manusia. 

Mengapa solat mampu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar? 
👉Ini adalah kerana seorang hamba jika mengerjakannya dengan menyempurnakan rukun-rukun dan syarat-syarat solat serta memberatkan khusyuknya maka hal tersebut dapat menerangi dan membersihkan hatinya, menambah keimanannya, semakin kuat keinginannya untuk berbuat baik dan semakin sedikit atau bahkan tidak ada keinginan untuk melakukan keburukan dan kejahatan.

Errmmm....🤔🤔🤔
Solat kita macam tu 👆👆👆 tak???

Jadi...
Andai kita solat, tapi masih melakukan maksiat, masih melakukan dosa, ianya BUKAN SALAH SOLAT...BUKAN SALAH SOLAT!!! Tapi...ianya SALAH KITA...YA, SALAH KITA!!!

So, kawan2...
perbaikilah diri kita untuk perbaiki solat kita..kita jaga rukun-rukun solat, keikhlasan ketika mendirikannya, kekhusyukkan kepada Allah, ketakutan kepada Allah dan zikir kepadaNya.

Ambil wudhu' elok elok...
Solat elok elok...akhlak dan sahsiah kita juga akan elok dan terpelihara dari kejahatan sepertimana kita menjaga solat kita...kan?

Nak ke nak? Nakla kaaan...? Jom 💪💪💪

700 KETENANGAN DALAM 7 KALIMAT

Cerita seseorang yang meminta 700 ketenangan dalam tujuh kalimat yang dapat dia amalkan sehari-hari kepada ulama :

“Wahai orang bijak, sesungguhnya saya datang untuk mendapatkan ilmu yang telah Allah berikan kepadamu. Beritahukan kepada saya tentang langit dan apa yang lebih berat darinya. Tentang bumi dan apa yang lebih luas darinya. Tentang batu karang dan apa yang lebih keras darinya. Tentang api dan apa yang lebih panas darinya. Tentang salji dan apa yang lebih dingin darinya. Tentang lautan dan apa yang lebih kaya darinya. Orang miskin papa dan apa yang lebih hina darinya.”

Orang bijak menjawab...

“Ketahuilah, sesungguhnya...berdusta atas orang tidak bersalah lebih berat dari segenap langit. Kebenaran lebih luas dari bumi. Hati yang menerima (lapang dada dan ikhlas) lebih kaya dari lautan. Ketamakan dan kedengkian lebih panas dari api. Keperluan akan kerabat bila tidak berhasil lebih dingin dari salji. Hati orang kafir lebih keras dari batu. Penghasut bila terbongkar perkaranya lebih hina dari orang miskin papa.”

~ Kitab : Al Mustakhlas Fii Tazkiyatil Anfus ; Sa'ied Hawwa ~

😊😊😊

Tuesday 25 October 2016

REZEKI ... Tidak Pernah Salah Alamat

Karya : Dr. Huda Bt Dato' Haron

Bukan rezeki yang sempit, mungkin sedekah kita yg masih semput.

Bukan rezeki yang sedikit, mungkin kita yang kuat mengungkit.

Bukan rezeki yg kelat, mungkin maksiat kita makin melarat.

Bukan  rezeki terputus putus, mungkin kita gemar berkeluh kesah dan meratuih

Bukan nikmat yang kurang, mungkin terima kasih dan syukur kita yang tersangat jarang.

Bukan hidup tidak tenang, mungkin solat kita  culas, cacat dan terbelakang.

Bukan rezeki yang tidak cukup, mungkin Quran kita jarang buka apalagi baca, kelas ngaji, talaqqi pun tak pegi,nak hafaz pun jauh sekali, jauh panggang dari api.

Bukan rezeki yang payah, mungkin kita kedekut berdoa , nak zikir pun asik lupa,makin sombong makin angkuh mendabik dada.

Bukan rezeki yang menyimpang *sesat*

Kerana,
Sesungguhnya..
REZEKI... TIDAK pernah salah alamat.                               

#sharingiscaring

Tuesday 18 October 2016

UNTUKMU WANITA

Buat wanita ❤❤❤

Labuhnya tudung bukan petanda kau umpama bidadari dunia ..
Singkatnya tudung pula bukan petanda kau jahat sampai masuk api neraka ..

Berstokin kaki bukan petanda kau solehah .
Tidak berstokin pula bukan petanda kau seburuk-buruk muslimah .

Berhandsock warna bagai bukan petanda kau muslimah sejati .
Tidak berhandsock pula bukan petanda kau punya ibadah tak diberkati .

Kau mencari .
Aku mencari .

Bertudung bukan sekadar menutupi rambut yang cantik mengurai tapi menjaga gerak geri .

Berstokin bukan sekadar menutupi kaki yang lasak berjalan tapi melindungi .

Berhandsock bukan sekadar menutupi lengan yang sering kena sinaran mentari tapi untuk mengingatkan diri .

Tegur . Bukan cakap 'masing-masing punya kubur' .
Nasihat . Bukan mengumpat 

Untuk mengubah perlu berhikmah bukannya menyumpah seranah .

Yang sudah bertudung labuh , berstokin dan berhandsock .
teruskan istiqamahmu . Bantulah mad'u mu .

Yang masih bertudung singkat hingga nampak rantai berbatu , masih tunggang motor hingga nampak kudis dan bulu , masih sinsing lengan baju hingga ke siku .

Marilah berhijrah kerana kita sudah tidak banyak waktu .

Semoga aku dan kau boleh menjadi Bidadari yang tidak memandang dan tidak dipandang ..

Sayang , kau sangatlah berharga seandainya kau menghargai keistimewaan dirimu ....

Aku mencintai kalian kerana ALLAH , 
salam sayang Sahabat 💞

Tinggalkan Pulau Itu ...

*PROFESOR HAMKA: TINGGALKAN PULAU ITU...*

Prof. Hamka menulis dalam bukunya, 'Tasauf Moden', sebagai berikut:

Adapun manusia hidup di dunia ini ibarat orang belayar di lautan luas. Mereka menumpang sebuah kapal menuju daratan yang jauh di sana. Setelah berhari-hari di laut, sedangkan daratan yang dituju itu belum juga nampak, maka pada suatu hari kapal itu singgah pada satu pulau. Adapun orang yang turun ke pulau ini terbahagi tiga golongan.

Yang *pertama*, mereka tahu dan ingat bahawa mereka dalam perjalanan. Setelah melihat-lihat sebentar, lantas mereka kembali ke kapal. Mereka ingat bahawa bukan pulau inilah yang menjadi tujuan.

Golongan *kedua*, mereka terpengaruh oleh keindahan pulau. Pohon kelapa di pulau itu melambai-lambai ditiup angin, airnya jernih, ikannya jinak. Mereka terpegun dan terlena, tetapi kemudian mereka ingat bahawa mereka dalam perjalanan. Maka mereka kembali ke kapal, tetapi kerana terlambat, tempat duduk sudah habis ditempati orang.

Adapun golongan *ketiga* inilah golongan yang malang. Setelah dibunyikan semboyan kapal yang pertama tidak mereka pedulikan, dibunyikan sekali lagi, tidak juga dipedulikan, dan berbunyi yang ketiga kali, kapal pun berangkat. Setelah jauh dipanggil tidak kembali lagi. Mereka inilah orang yang benar-benar malang.

Itulah perumpamaan antara kehidupan manusia, dunia dan akhirat. Dunia bagi orang-orang beriman ibarat tandas. Hanya sekadar keperluan. Tiada orang yang akan tidur di tandas, masak di tandas dan makan di tandas. Manusia lahir dengan kudrat ganjil. Sebelum lahir mereka tidak bercita-cita untuk hidup, dan setelah hidup tidak pula ingin mati. Itulah dia manusia.Kebanyakan manusia lupa akan tujuan, lupa bahawa hidup di dunia tidak akan lama, bahawa hidup ini akan di akhiri dengan kematian.

Tinggalkan pulau itu, semboyan dah berbunyi tapi kamu masih di situ...

Hembusan Allah

Pernah tak suatu masa, ketika kita susah nak bangun subuh, satu hari kita terbangun di tengah pagi sebelum subuh dan rasa segar bugar? 

Atau alarm yang kita set banyak kali tak berjaya kejutkan kita tapi tiba tiba satu bunyi alarm dah berjaya sedarkan kita?

Contoh situasi lain , dalam life kita mesti pernah member datang minta tolong kan tapi hati rasa berat nak tolong, tapi bila ada sorang member ni minta tolong, mudah pula kita tolong.

Pernah terfikir tak kenapa semua ni terjadi?

Ketahuilah bahawa itu adalah cara Allah berkomunikasi dengan kita. Dalam ilmu tasawuf, ia dipanggil nafahāt atau hembusan. 

Itu lah 'hembusan' dari Allah  hembusan hidayah Allah yang menggerakkan hati dan perasaan ke arah kebaikan.

Jika sebelum ini kita dapat merasa tetapi tidak dapat menjelaskan perasaan itu, maka ingatlah bahawa itu adalah hidayah yang Allah 'hembus' kan kepada hambaNya yang terpilih. 

Beruntung siapa yang dapat..

:')

*ONE BIG QUESTION*

_Apa yang kita buat sebagai tindakbalas kepada 'hembusan' itu?_

Bila terjaga di awal pagi?
Bila terdetik nak sedekah?
Bila hati rasa nak bantu?

Apa respon kita?

Bila terjaga di awal pagi? Hanya kebil kebil mata, check phone kemudian tarik selimut dan tidur semula???

Walhal kita yang mengharap agar dapat bangkit di awal pagi, dapat jaga di kala yang lain lena tidur untuk beribadat penuh pengharapan.. 

Bila diberikan peluang itu, apakah kita mengambilnya?

Ada yang mengadu susah bangun untuk tahajud dan sebagainya. 

Namun, once in a while kita terjaga sendirian di awal pagi... 

Tetapi hanya membiarkan peluang itu pergi.

Lalu ditanya, di mana hidayah??

Ingatlah, Allah ada cara tersendiri untuk memberikan hidayah. Hidayah tak semestinya datang dengan cara yang kita harapkan, Allah berhak beri hidayah melalui cara apa pun.

Di saat kita menyangka itu hanya perasaan biasa, namun itulah hidayah Allah *buat mereka yang menyedari*. Dan buat yang terleka ni... terlepas peluang!

:'))))

ﻭَﻣَﺎ ﻇَﻠَﻤْﻨَٰﻬُﻢْ ﻭَﻟَٰﻜِﻦ ﻛَﺎﻧُﻮا۟ ﻫُﻢُ ٱﻟﻈَّٰﻠِﻤِﻴﻦَ

Dan tidaklah kami menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri.

(Az-Zukhruf:76)

Benarlah Kalamullah, bahawa bukan Allah yang zalim, tetapi mereka yang ingkar itu yang menzalimi diri sendiri.

Allah sudah memberikan hembusan petunjuk melalui kehidupan sehari-hari, tetapi *kita*lah yang membutakan mata mentulikan telinga.

Maka, bila saja datang 'hembusan' itu, janganlah tahan atau buang saja. Tapi teruslah bangun... teruslah membantu.. teruslah sahut 'hembusan' itu. Kerana.. Ia mungkin tidak akan datang kembali buat kali kedua.

Dan yang lebih baik untuk kita adalah mencari sendiri 'hembusan' itu.

Bagaimana?

Dengan niat, doa dan amal soleh.

It might sound clichè yet it still hard to istiqomah right? 

Nak istiqomah niat lillahitaala
Nak istiqomah doa
Nak istiqomah amal soleh

Masih sukar.. tapi itulah kuncinya...

HambaNya yang berusaha untuk dekat padaNya, tak kan Dia nak tolak? Tak kan kita akan leka dan tak sedar hembusan petunjukNya?

The path of Allah is long, and we travel on it like turtles. And the goal is not to reach the end of the path, but the goal is to die upon the path of Allah.

In shaa Allah.

Wallahutaalaalam bishshawab wa ilaihi marjiul maab.

Monday 19 September 2016

Jom Lihat Jari Kita

Jom tengok sat jari2 kita 🖑🖑🖑.
Cukup tak 5 + 5 🤗 ?

1. Ada si gendut gemuk 🖒 yang selalu berkata baik dan menyanjung.

2. Ada telunjuk ☝ yang suka menunjuk dan memerintah.

3. Ada si hantu 👻👻👻 jari tengah yang sombong , paling panjang dan suka menghasut jari telunjuk.

4. Ada jari manis yang selalu menjadi teladan, baik, dan sabar sehingga sering diberi hadiah berbentuk cincin. 💍💍💍

5. Dan ada kelingking yang lemah dan penurut perintah. 👌

Kawan...
Dengan perbezaan positif dan negatif yang dimiliki setiap jari, mereka bersatu untuk mencapai 1 tujuan iaitu =  saling melengkapi.

Pernahkah kita bayangkan bila tangan kita hanya terdiri dari si gemuk semua? 🖒🖒🖒

Falsafah ini sederhana namun maksudnya sangat bermakna.

Kita dilahirkan dengan segala perbezaan yang kita miliki dengan tujuan untuk bersatu :
✍saling menyayangi
✍saling menolong
✍saling membantu
✍saling melengkapi

Bukan untuk....
🖎saling menuduh,saling bergaduh
🖎menunjuk atau merosakkan

Semua perbezaan dari kita adalah keindahan yang dicipta agar kita rendah hati untuk  menghargai orang lain, 
tidak ada satu pun pekerjaan yang mampu kita lakukan bersendirian.

Mungkin kelebihan kita adalah kekurangan orang lain, 
sebaliknya...kelebihan orang lain pula adalah kekurangan kita.

Orang pintar boleh gagal,
Orang hebat juga boleh jatuh,

tetapi,

Orang yang meletakkan kerendahan hati dalam segala hal akan selalu mendapat kemuliaan.

Original :
Dakwatuna