BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday 28 September 2011

"CINTA"

I Love You Cards
"Janganlah hendaknya kecintaan anda

terhadap sesuatu itu membuatkan anda
menjadi lupa dan kebencian anda
terhadap sesuatu itu membuatkan anda
menjadi hancur"
- Saidina Umar Ibnul Khattab –
I Love You Glitters
Cinta Itu Indah
Kewujudan cinta tidak dapat dilihat
Dapat dirasai dan dinikmati
Cinta itu indah, cantik dan mendamaikan
Malah suci, murni dan tinggi tarafnya,
 gemerlap cahayanya… dan sempurna sifatnya
jika tidak, cinta akan cacat dan tiada nilainya

CINTA
Fitrah semulajadi jiwa manusia
Cinta wujud bila hati terdetik menyukai sesuatu
Insan yang mula jatuh cinta akan berikhtiar
Mencapai kepuasan dalam menggapai cinta
Pelbagai cara dilakukan 
untuk memenuhi keperluan cinta
Yang bijaksana akan memenuhi keperluan cinta
Dengan tulus dan mulia berlandaskan
Ketaqwaan dan keimanan  kepada Allah Azzawajalla
Ada jua insan yang kabur dan buta
Dalam menilai cinta… sekadar untuk kepuasan
Dan tuntutan nafsu sarakah…

Cinta Itu Hidup
Cinta ibarat bunga…
Berputik…  mekar… layu dan gugur…
Cinta punya deria… naluri dan perasaan…
Cinta mendengar…berkata dan melihat…
 Cinta  itu sayang… benci dan cemburu,..
Cinta jua memiliki gembira, sedih, tenang,
tertekan, ketawa dan menangis...
Cinta itu hidup hingga satu detik ia akan mati.
Tapi ramai orang berharap
agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup
dan tetap hidup walaupun telah mati…
namun… Cinta
tak semestinya dimiliki …
I Love You Glitters

0 comments: